Thursday, 4 August 2011

KECOH LA LU KEADILAN SELANGOR!!!

Lu apa kes Shuhaimi?  Nak takut mende?  Isu pemastautin tetap yang jadi warganegara dan layak mengundi tak ramai manapun.  Tapi kalau baca kenyataan Shuhaimi, macam Malaysia ni boleh terjual la sebab si Mismah dan yang lain-lain tu jadi warganegara.  Baca di SINI. Hei Shuhaimi, orang macam Mismah tu mungkin lebih baik dari geng-geng Pakatan yang duk musnahkan nama baik Malaysia ni tahu?  Akak pun bukannya suka sangat dengan orang-orang luar ni tapi kalau memang dia orang layak, dia orang dah lama menetap di sini, tak pernah bikin kacau, akak rasa tak salah kalau dibagi kewarganegaraan.  Orang yang ada warganegara tapi cuba nak memusnahkan negara atas tiket keadilan, kebersihan sepatutnya kerajaan tarik balik kewarganegaraan tu.  Tengok negara mana yang amik orang macam korang jadi warganegara.  

Lagipun janganlah ingat sekerat dua yang baru jadi warganegara tu boleh menjatuhkan satu-satu negeri.  Keadilan Selangor duk kata yang 160 orang telah dikesan menjadi warganegara di Selangor.  Hai, undi 160 orang ni aje akan buat Selangor jatuh kat tangan BN ker?  160 orang jer?  Bukan 160,000 pun.  Akal ada ke tak?  Yang 160 orang ni betul ke akan undi BN?  Ke dia orang ni lah yang duk undi Pakatan, yang haritu datang beramai-ramai memeriahkan Bershit 2.0?  

KEADILAN Selangor akan komited memantau perkembangan yang mengerikan ini dan percaya akan ada lebih banyak bukti untuk menunjukkan bahwa JPN dan SPR yang didalangi oleh UMNO Selangor ini sedang giat menjalankan kegiatan menggadai negara ini demi mempertahan kuasa.    

Pehhh, ngeri siot!  Lawak tul la.  Sebenarnya, yang ngeri adalah disebabkan pakatan tak akan boleh lagi pertahankan Selangor.   Khalid gagap dah menampakkan kegilaan kuasanya dalam isu UNISEL.  Belumpun dapat memerintah Malaysia dah nak kontrol itu, ini.  Sebenarnya akak yang ngeri kalau PR memerintah Malaysia.  Itu baru negara Malaysia ni boleh tergadai.  Ala, setakat si Mismah tu punya kewarganegaraan, kecik sangat tu bang....

No comments:

Post a Comment