Mat Sabu punya kipas, memang akak tabik spring. Macam akak cakap dululah yang akak peminat nombor satu Mat Sabu. Kali ini kipas Mat Sabu semakin besar, semakin galak dan semakin gempak. Mat Sabu menyatakan keterujaannya apabila ramai orang Melayu masuk DAP. Mat Sabu menyeru orang Melayu PKR dan PAS masuk DAP kalau dah memang rasa tak sesuai dengan PKR dan PAS. Dalam ertikata lain, Mat Sabu nak bagitahu yang PKR dan PAS memang tak bagus berbanding DAP. Memang susah nak percaya, tapi itu adalah kata-kata dari Timbalan Presiden PAS sendiri. Akak tak tahulah apa Nik Aziz akan cakap. Mungkin Nik Azizpun bersetujulah jugak dengan kata-kata timbalannya ni.
Kipas Mat Sabu cukup meloyakan sebenarnya. Baru duduk berbuka puasa bersama-sama Lim Guan Eng, sudah macam dia pulak yang lebih DAP dari DAP. Punya puji Lim Guan Eng sampai tak ada orang yang lebih hebatla. Mat Sabu tak pulak puji Nik Aziz sampai macamtu sekali. Mat Sabu macam tahu semua yang berlaku di Penang. Kata mat Sabu, Lim Guan Englah yang cekap memerintah, yang telus, yang mementingkan rakyat, jujur, tak ambik wang rakyat... bla bla bla....apa punya bodek tu? Tahulah dulu masa duk bertanding jawatan Timbalan Presiden, si Lim Guan Eng ni dah banyak tolong, tapi agak-agaklah kalau nak membalas jasa pun. Janganlah nampak melampau sangat.
Memang betullah kata-kata Mat Sabu yang hubungan PAS dengan DAP memang bagai aur dan tebing. Macam isi dengan kuku. Tak boleh dipisahkan lagi. Bagai irama dan lagu. Jadi jangan hairan kalau satu hari nanti Mat Sabu akan masuk DAP. Dan akan ketawa besarlah orang-orang DAP bila ada Melayu yang seperti Mat Sabu. Akak berdoa pada Tuhan, cukuplah ada sekor jer Mat Sabu dalam dunia Allah ta'ala ni.....
No comments:
Post a Comment