Tak habis habis PAS bikin malu sama Melayu dan Islam. Akak tak faham betul mentaliti orang-orang PAS. Depa sanggup melakukan apa sahaja untuk menawan Putrajaya. Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) mahu isu Kampung Baru dijadikan manifesto Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRU ke 13 nanti. Nampak sangat depa dah kering isu. Depa ni semua dah hilang ingatan ke apa. Sapa yang punya angkara bila rang undang-undang Perbadanan Kampung Baru 2011 diluluskan? Bukan ke geng-geng depa yang tak datang masa tu? Memang tak tahu malu langsung. Sendiri punya salah, lepastu kononnya menyalahkan Kerajaan. Sepatutnya ahli-ahli parlimen yang dipilih dek rakyat yang tak datang masatu termasuklah Anwar Ibrahim diterajang, jangan lagi bagi masuk gelanggang. Depa yang tak buat kerja.
Lagi satu, yang akak tak faham ni bila Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor kata “Jika masyarakat India boleh berbangga dengan adanya Little India di Brickfields, bangsa Cina boleh bangga dengan adanya Petaling Street khusus untuk orang Cina, apakah salah orang Melayu memiliki Kampung Baru?” soalnya. (http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5907-isu-kampung-baru-sebagai-manifesto-pakatan)
Bangga ke dengan Kampung Baru tu? Ada apa kat situ berbanding Brickfield dan Petaling Street? Dan lagi, katanya Kerajaan telah menghalau dan membersihkan penduduk setinggan di Kuala Lumpur. Mereka tidak dibantu langsung. Si Riduan ni sedar ke apa yang dia cakap? Ke setakat terikut-ikut apa orang lain cakap? Bila masa pulak orang setinggan yang duduk percuma di tanah kerajaan tidak dibantu? Akak tahu sangat sebab kakak akak adalah setinggan di Cheras satu ketika dulu. Masatu kampung setinggan Cheras tu tak ada bekalan airpun. Siap ambik kat perigi lagi. Akak tahula, sebab masa kecik-kecik tu akak sendiri pernah angkut air dari perigi bila datang bermalam kat rumah kakak akak. Bila kerajaan amik tanahtu, kakak akak dapat sebuah rumah teres berharga RM25 ribu dan siap api air lagi. Bayar RM100 jer sebulan kalau tak silap akak. Sekarang rumah tu kalau nak jual dah ratus-ratus ribu beb. Kalau dulu kerajaan tak buat macamtu, akak percaya, kakak akak akan terus merempat kat rumah setinggan tu. Mana taknya, senang kan. Tak payah bayar sewa rumah, tak payah bayar air. Tapi itu ke yang kita nak banggakan? Melayu yang begitu ke yang rakyat Malaysia mahukan?
Lagi satu, bila kerajaan amik tanah setinggan, buat pembangunan, buat rumah besar, buat ruang perniagaan, kenapa bukan Melayu yang beli? Kenapa orang Melayu tak beli? Salah kerajaan ke kalau orang Melayu lebih suka duduk kat kedai kopi Cina, buang masa? Bila kerajaan nak bantu sorang dua orang Melayu, bukan main lagi orang Melayu lain marah. Yang marahtu dah tentu-tentunya orang PAS dan Melayu PKR. Kronilah, rasuah la. Cer sibukkan projek yang orang Cina duk dapat tu. Ini tak, Melayu dapat jer bising.
PAS memang tak nak orang Melayu berubah. Nak orang Melayu terus jadi setinggan. Memang betullah, penghalang besar kemajuan orang Melayu datangnya dari Melayu jugak....Jangan esok bila dapat tawan Putrajaya, orang-orang PAS dan Melayu PKR hanya jadi budak tukang cuci pejabat jer. Yang duduk kat pejabat menteri adalah bangsa asing. Padan ngan muka. Masa tu esok, bukan setakat tak dapat nak laksanakan hukum hudud, sebut perkataan hudud jer dah kena hukuman gantung.

No comments:
Post a Comment