Sampai berjujuran airmata, sampai keluar segala jenis air. Punyala nak menyatakan kekesalan, kekecewaaan. Akakpun hairan kenapa perlu menangis sampai begitu sekali. Apa yang dia sedihkan? Apa yang dia cuba nak sampaikan? Macam tangisan taubat jer rupanya....Akak memang tak kenal dengan mamat ni. Nama dia Gwee Tiong Hiang. Orang DAP. Siapa ek? Apa sumbangan dia pada negara? Apa kehebatan dia? Entah. Korang kenal? Entah Cina dari lorong mana DAP kutip untuk jadi Adun, tetiba aje dia dakwa orang BN nak beli dia. Hahahaha. Itulah lawak hujung minggu yang paling klasik. Yang offer macam-macam tu datangnya dari Jabatan Perdana Menteri pulak tu! Hebat betul mamat ni. Kalau iapun nak berlakon, bagi nampak logikla sikit brother! Lu sapa?
Setakat Adun Bentayan, Adun yang kurang ajar dan derhaka pada Sultan Johor sebab tak ikut etika berpakaian semasa majlis pembukaan sidang DUN, itu yang BN nak ajak masuk dengan tawaran lumayan? Gila ker apa? Perasan mamat ni. Akak rasa dia mesti dah dilupakan dan mesti ada ura-ura nak tukar calon lain sebab dia tak berfungsi kat Bentayan. Itu sebab dia cepat-cepat buat isu, cepat-cepat nak bagitahu pada DAP betapa dia diintai oleh BN. Ataupun mungkin si Adun perasan ni saja nak buat ugutan kat orang-orang atasan dia supaya calonkan nama dia, kalau tak dia akan lompat parti. Dia akan sertai BN dan lawan sama DAP.
Sekarang ni pulak DAP dah mengaleh perhatian ke Johor. Nak tawan Johor pulak. Lim Guan kata Johor tak selamat, sebab itu DAP perlu perintah Johor. Biar selamat. Akak tak tahulah kalau pengundi Johor mudah diperbangangkan dek si Lim Guan Eng tu. LGE suka kalau dapat Johor. Dekat ngan S'pura. Senang nak bersekedudukan ngan pemimpin S'pura.
Eeee...lakonan DAP memang memualkan. Kadang-kadang lagi mual dari lakonan Anwar Ibrahim. Lakonan Anwar setakat geli geli jer laaa....hehehehe
No comments:
Post a Comment