Monday 31 October 2011

TUAN GURU KARPAL SINGH AJAR HUDUD KAT NIK AZIZ???.....

Hebat Karpal Singh!  Hidup Karpal Singh!  Gelabah biawak Nik Aziz bila sana sini kengkawan dari Pakatan pembangkang mempersoalkan hukum hudud yang tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.  Terbaru Karpal Singh mengemukakan hujah tentang kes zina yang memerlukan 4 saksi sebelum hukuman dilaksanakan.  Kata Karpal, kalau macamtu lagi banyak zina akan berlaku dan semakin banyak penjenayah akan bebas kerana tidak cukup bukti.  Tahu takpe.  Tu sebab Anwar boleh lepas kalau dibicarakan ikut hukum hudud sebab tak ada 4 orang saksi.  Yang ada cuma Eskay jer dan video yang sekadar besi tak bermata.  Lagi senangla nak meliwat, berzina.  Itu apa yang Karpal Singh cuba tekankanlah.  Baca SINI

Pada akak, banyak lagi isu dan masalah lain yang lebih utama sebelum pelaksanaan hukum hudud.  Akak cukup bersetuju dengan pandangan bahawa pemerintah perlulah membangunkan Islam terlebih dahulu sebelum melaksanakan hukum hudud.  Menurut fakta yang dikemukakan oleh Yusuf al-Qaradhawi, pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, beliau menyatakan bahawa 'sebelum Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Baginda terlebih dahulu menegakkan Islam secara keseluruhannya, yakni menegakkan kehidupan Islam’.  “Sebelum dilaksanakan [hukum] hudud, beri makan [terlebih dahulu] kepada orang  yang lapar, sediakan pekerjaan kepada penganggur, ajarkan orang yang jahil dan latih [para] pekerja. Mesti dilakukan ini [semua] sebelum melaksanakan [hukum] hudud”.  Baca SINI

 Jadi harap-harap Nik Aziz bagilah penjelasan yang sejelas-jelasnya kepada Karpal Singh dan yang sekutu dengannya. Jangan duk menuding jari kat Najib dan Kerajaan jer. Jangan duk marah jer kat MCA dan Soi Lek....Jaga dulu hang punya member...

No comments:

Post a Comment