Saturday, 29 October 2011

AKAK KECEWA DIL! RUPANYA PEMENANG PIALA MALAYSIA SUDAH DITENTUKAN..??

Kenapa bagi Tganu jaringkan gol? Akak sanggup tak tengok penyudah perlawanan Chelsea dan Arsenal hanya untuk tengok N9 bermain. Walaupun perlawanan langsung tak boleh nak dibandingkan ngan Chelsea, tapi akak tetap tengok dengan semangat hobin jang hobin! Tapi akhirnya akak kecewa bila N9 kasi satu gol kat Tganu. Patut jangan kasi satu pun. Kasi 2 - 0 lebih bagus. Hehe. Akak suka sungguh. Tambah cinta kat Aidil walaupun kasi lepas satu. Nampak makin hensem dia. Hehe. Tahniah N9! Terima kasih Khairudin Hai O kerana bagi jaringan kemenangan dan tengkiu buat penjaga gol Tganu yang buat kesilapan. Lena tidur akak malam ni...

Tapi ada satu yang akak nak share. Masa sebelum perlawanan tu ada kengkawan akak yang kata, tak payah tengok Piala Malaysia ni sebeb gerenti Tganu menang sebab Agong orang Tganu. FAM pun main politik gak. Tuanku Mizan akan pulang semula ke Tganu Disember ni selepas 5 tahun jadi Agong. Jadi kononnya Tganu dijadualkan akan menjuarai piala Malaysia untuk jadi hadiah wat Agong. Apa ke bangang punya tuduhan tu? Inilah mentaliti pembangkang. Kawan akak tu penyokong kuat PKR dulu. Tapi la ni nak sokong DAP lak sebab kecewa tengok prestasi PKR. Melayu tuuu...

Semua perkara depa ni pandang serong. Semua benda yang berlaku kat Malaysiani adalah dibawah kuasa Najib dan BN. Depa lupa qada' dan qadar. Lupa tentang usaha dan jati diri orang lain. Sebab tu akak suka sangat bila N9 menang. N9 membuktikan yang FAM tidak dipolitikkan, pemain bola bebas politik. Memang ini tamparan wat orang2 yang macam kawan akak tu. Padan muka depa. Agaknya apa yang depa nak kata lagi kan? Atau mungkin depa akan kata Najib dah tendang Tuanku Mizan sebab dia bukan Agong lagi 13 Disember ni? Najib yang arahkan FAM untuk pastikan N9 juara sebagai satu simbolik kepada Agong yang akan digantikan? Lantak korangla...Akak tak nak jadi gila sampai camtu sekali. Penyakit yang amat kronik menyerang pembangkang...dulu, kini dan selamanya!!!!

No comments:

Post a Comment