Wednesday, 5 October 2011

WAN AZIZAH TAK SETUJU BELANJAWAN PAKATAN!!!!

Pembangkang duk sibuk jaja belanjawan alternatif yang dibentangkan Anwar Ibrahim yang dikatakan begitu hebat dan bersifat rakyat. Gaji minimum RM1,100 kepada pekerja disamping tambahan RM500 pada guru begitu menyeronokkan hati pengundi pembangkang. Rasa esok jugak depa nak PR memerintah. Biar hujung bulan depan dah dapat gaji sebanyak tu.

Pembangkang memang bijak memonopoli rakyat miskin, rakyat yang tidak mengerti tentang keseluruhan sistem ekonomi negara. Rakyat yang bergaji di bawah RM1,100 tu siapa? Kebanyakannya adalah lepasan SPM je. Memangla depa tak nak tahu apa2 asalkan dapat naik gaji. Orang2 cam ginilah yang dipancing dek Pembangkang, diperbodoh-bodohkan dengan janji palsu dan cerita fantasi. Lalu jadilah depa seperti Mat Jenin yang akhirnya mati jatuh dari pokok kelapa kerana melayan angan2 bergaji RM1,100!

Bukan akak memperkecilkan orang lepasan SPM sebab ramai gak yang tak masuk U tapi lebih hebat, lebih kaya, lebih bijak dari yang masuk U. Cuma kalau dah gaji memang setaraf dengan kerja, takkan nak dinaikkan. Memang selayaknya bergaji RM500 hanya untuk susun fail, takkan nak naik jadi RM1,100. Rugilah syarikat! Akai ada ka?

Pembangkang duk sibuk jaja belanjawan alternatif, tapi barisan kabinet alternatif dah ada ke? Setakat buat budget hanya untuk cabar DS Najib untuk lawan, apa ke jadahnya. Ni depa sibuk nak tunggu pembentangan budget Jumaat ni. Depa dah cabar DS Najib untuk kasi lebih RM1,100 kalau betul mementingkan rakyat seperti yang dilaungkan. Katanya DS Najib perlu lawan budget PR. Depa ingat DS Najib tu orang bergaji RM1,100 ke?

Tapi akak percaya jugak janji Anwar tu sebab memang itu yang dia praktikkan. Kalau tak, masakan pembancuh kopi dan tukang hidang karipap dia bergaji ribu ribu. Ye tak? Ada kerja kosong bang Nuar? Hehehe.  Tu yang buat Wan Azizah tak setuju dengan Anwar....hehe.

No comments:

Post a Comment