Wednesday, 18 April 2012

KERANA CEMBURUKAN AARON, MAT SABU NAK JADI HERO FILEM LA PULAKKK...

Alahai Mat Sabu, Mat Sabu!  Kalau ada anugerah lelaki paling kelakar dalam dunia politik Malaysia ni, dah sah-sah pemenangnya si Mat Sabu.  Tengok muka diapun akak nak tergelak, apa lagi kalau dia bukak mulut.  Dengar suara dia merayu si 'Mah' pun akak rasa geli tekak gak.  

Sejak dua menjak Aaron Aziz duk menang pelakon paling popularni, Mat Sabu dah mula tunjuk rasa cemburu dia.  Iyelah kan, kalau nak dibandingkan dari segi rupa, memang macam langit dan bumi.  Itu pasal Mat Sabu tak puas hati dengan Aaron bila semua orang, baik lelaki dan pompuan duk gilakan Aaron Aziz tu.  Sebab jeles jugaklah, Mat Sabu nak buat filem.  Mana tahu kot-kot nanti dia boleh berlakon dan seterusnya menang dalam ABPBH yang akan datang.  Filem yang akan dibuat nanti bertajuk Altantuya dan cuma akan difilemkan bila Pakatan Rakyat memerintah.

Jadi Mat Sabu menjajalah ke seluruh pelusuk negara untuk menagih sokongan orang ramai.  Kata Mat Sabu, kalau nak tengok dia berlakon dalam filem Altantuya, sila undi dia dalam PRU ke 13 nanti.  Kesian Mat Sabu.  Dah tak ada benda dia boleh buat modal untuk tarik orang dengar kelentong dia.  Nak tak nak terpaksalah buat janji untuk buat filem.  Lemah betul minda si Mat sabu ni rupanya.  Rakyat kebanyakan tak peduli pasal Altantuya la.  Itu soal jenayah yang tak ada kena mengena dengan 28 juta rakyat Malaysia.  Yang membunuh sudahpun ditangkap dan kalau adapun yang terkilan adalah kaum keluarga si pembunuh tu je la.  

Rakyat nak dengar apa yang pemimpin boleh lakukan untuk rakyat sendiri.  Rakyat menagih janji Pakatan di Selangor, di Kelantan dan di Pulau Pinang.  Kalau janji 2008 pun masih belum dilaksanakan, persetanla dengan filem!  Rakyat duk marah pasal Kerajaan Negeri Selangor duk naikkan kadar sewa rumah PPR di Kota Damansara dan Lembah Subang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang duk rampas tanah orang, masalah air masih tak selesai di Kelantan dan banyak lagi.... 

Kata akak:  Baik Mat Sabu buat filem Misteri Kamar 121!  Lagi ramai yang nak pi menonton!  Kalau boleh buat yang tak ada censor punya...Mesti meletupppp banggg, akak cakap luuu!       

2 comments:

  1. Anonymous19:53:00

    buat filim..panggilan mistri

    "muka abang bau B...T mah.."

    muhahahaaa mesti meletup

    ReplyDelete
  2. Anonymous22:33:00

    Mat Sabu boleh berlakun filem MAT REMPIT........... adegan jatuh motor dilanggar Polis mesti best. Atau jadi Ketua Kominis dalam filem MAT BINTANG TIGA, atau jadi gigolo dalam filem MAT TERLAMPAU.

    ReplyDelete