Betul ke Najib sindir wanita? Ini memang tak boleh jadi. Sebagai wanita akak akan tentang habis-habisan. Siapa kata Najib sindir wanita? Siapa? Zuraida! Zuraida mana? Si Mak Lampir tuuu.... Ala, kalau dah namanya Mak Lampir, apa yang keluar dari mulut dia dah tentu-tentu bau bangkai. Tak pasal-pasal pulak dia mengamuk sebab Najib memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Yang dia sakit hati tu apa hal? Bukan Najib kacau wanita PKR pun. Lagipun Najib tak selera dengan wanita PKR, apalagi ketuanya.
Pada akak baguslah Najib pegang sementara. Tak kan nak lantik menteri lain pulak. Dah lah pilihanraya dah nak dekat. Lagipun bila Najib duk dekat dengan wanita, dia akan lebih memahami keperluan dan kehendak akar umbi wanita secara langsung. Akak suka beb. Kalau selama ni nak cakap apa-apapun kena melalui Shahrizat. La ni akak boleh bisik terus kat telinga Najib.
Tak payahla hang duk sibuk nak jaga tepi kain wanita UMNO Zuraida oiii. Tuuu, baik hang jaga wanita PKR. Tak pun jaga jer lah tepi kain sendiri, takut terbukak. Nanti satu Malaysia berbau hamis.
__________________________________________________________
Zuraida: Najib sindir wanita
10 April 2012
Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin berkata, tindakan Najib itu adalah satu langkah ke belakang dalam memperkasakan usaha penglibatan 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan.
Menurutnya, beliau pelik kenapa Najib tidak memilih seorang daripada lebih sejuta ahli Wanita dan Puteri Umno untuk memangku portfolio kementerian itu selepas dikosongkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kelmarin.
“Harapan baru untuk Wanita Umno melakukan perubahan dalaman di peringkat parti gagal apabila Najib terus merestui Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno di kala beliau meninggalkan portfolio kerajaan.
“Tambah malang lagi apabila Najib tidak berani dan tiada ‘political will’ untuk meletakkan seorang tokoh wanita yang layak bagi memegang jawatan menteri. Ini menunjukkan Wanita Umno ketandusan kepimpinan wanita,” katanya dalam satu kenyataan semalam. Seterusnya di SINI
No comments:
Post a Comment