Wednesday, 25 April 2012

PENGAKUAN BERANI MATI MAHFUZ OMAR: PAS SEDIA TERIMA PM GAY!

Memang teruk sangat dah mamat nie.  Dah tak layak jugak digelar Mr Bean sebab kalau penerbit Mr Bean tahupun bimbang dia akan saman kita pulak sebab menyamakan Mr Bean ciptaannya dengan Mahfuz Omar yang ternyata jika dibandingkan, ianya bagai perigi dengan longkang!

Akak tak tahulah kenapa orang Pas boleh jadi sampai macamni.  Buta ke mata depa dari nampak kebaikan?  Buta ke hati depa dari menilai yang mana baik dan buruk?  Isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bukan isu kecik anak.  Memang apa yang dikatakan oleh Nasharudin Mat Isa tu betul.  LGBT ibarat satu wabak yang akan menjadi kanser dalam masyarakat dengan ancaman dahsyat membawa kesan negatif serta boleh merosakkan fabrik sosial.  Boleh pulak si Mahfuz ni kata itu cuma pandangan peribadi Nasharudin.  Dia dan orang Pas tidak setuju dengan pandangan Nasha. Maknanya Mahfuz dan Pas terima golongan ini dengan baik.  Bukan maksud akak semua yang mengamalkan budaya songsangni perlu dipenjara atau dibuang negara, tapi perlu cari jalan bagaimana untuk mengekang amalan tersebut dari jadi wabak. 

Bila Nasharudin mempersoalkan tentang si Ambiga yang merupakan penyokong tegar LGBT tu diangkat sebagai pemimpin satu bentuk agenda yang memperjuangkan kebebasan dan kebersihan pilihan raya Bersih 3.0, si Mahfuz Omarni tetap tidak bersetuju.  Bagi Mahfuz dan semua pemimpin Pas dan penyokong tegar Pas, latar belakang pemimpin yang menjadi ketua itu tidak penting di SINI.  Yang penting adalah perjuangan asal.  Tak kiralah pemimpin tu gay, lesbian atau biseksual sekalipun asalkan Umno dan BN ditumbangkan.   Ini terang-terang memperlihatkan Mahfuz dan Pas tidak peduli sekalipun jika Anwar atau seorang yang mengamalkan seks songsang menjadi Perdana Menteri!  Fahaman macamni ke yang patut diserapkan di kalangan masyarakat?

Apakah Pas menganggap LGBT tidak salah, tidak berdosa dan tidak merbahaya dan apakah dosa BN lebih hina dari pengamal seks songsang ini?  BN dah ternyata berjaya membawa negara kita ke tahap yang lebih baik dari masa ke semasa.  Hari ini lebih baik dari semalam dan semalam lebih baik dari hari kelmarin.  Dan esok pasti lebih baik dari hari ini sebab BN secara terus-terusan berusaha untuk memperbaiki negara kita.  Apa lagi?  Masalah rasuah dan perbelanjaan melampau juga sifat bermewah-mewah sesetengah pemimpin hanya perlu pemantauan.  Pihak pakatan jugak punya pemimpin yang sedemikian.  Tidak ada bezanya.  Bezanya akan datang jika pemimpin negara dipimpin oleh golongan pengamal seks songsang dan ianya mendapat sokongan tanpa berbelah bagi dari orang Islam Pas, maka amat ditakuti negara kita bakal karam, bakal diturunkan bala yang maha hebat dari Allah.  Ini kita perlu ingat dan sematkan dalam hati.  Sehingga ke hari ini, alhamdulillah negara kita masih di bawah perlindungan Allah sekalipun bermacam solat hajat dibuat oleh puak Pas untuk meruntuhkan keamanan dan kestabilan negara Malaysia yang tercinta ni.  

Akak ucapkan tahniah dengan sikap Nasharudin yang berani memperkatakan yang benar dan hak berbanding Mahfuz Omar dan Nik Aziz yang sanggup membelakangkan Islam hanya untuk memperjuangkan agenda dan kepentingan diri sendiri!  

No comments:

Post a Comment