Mana pegi bebudak baju pink nie? Akak rasa macam Puteri dah tak wujud jer. Dah bubar ke apa? Apa yang Rosnah buat? Tak nampak dan tak perasan pun sebarang berita yang dijuarai dek bebudak Puteri ni. Tak kan nak biar Najib, Pemuda dan Wanita jer ke depan. Seharusnya bila Wanita hari tu dibelengu masalah dengan Shahrizat, Puteri perlu gunakan kesempatan itu untuk menonjolkan diri dan maju ke depan menjuarai beberapa isu.
Untuk berlaku adil, akakpun lawatlah Laman Web Rasmi Pergerakan Puteri di sini. Memang betullah tak buat apa-apa. Kenyataan akhbarpun buat sebulan sekali. Dan yang paling akak terperanjat bila Rosnah baru jer nak latih bebudak Puteri untuk tulis blog bertarikh 12/4/2012! Dah nak pilihanraya ni kak oiii... Baru nak latih? Baru nak buat blog kononnya nak menangkis dakwaan-dakwaan tidak berasas terhadap BN? Dulu hang buat apa Timah oii? Kata dah bersedia dari tahun lepas lagi. Apa lu cerita nie Rosnah? Dulu sibuk nak jadi ketua. Kempen sana sini konon nak buat itu ini. Tapi bila dah jadi ketua tu, hampeh! Jangan diikut rasmi pembangkang, yang duk tabur janji tapi tak pernah nak tunai. Cuma akak nak ucap tahniah jugaklah sebab ada dua tiga buah blog puteri yang agak aktif macam Gerbang Tempur Puteri UMNO
Lagi satu akak nak cuit sikitlah pasal Puteri Umno Selangor. Akak rasa terpanggil nak kenal Ketua Puteri Selangor nie sebab dengarnya BN bermati-matian nak tawan balik Selangor. Tapi sumpah, akak tak kenal dia. Kalau jumpa dia kat kedai mamak, mampus akak tak kenal. Itupun kotlah dia jenis yang pergi kedai mamak. Entah-entah minum teh tarik kat Concorde je kot. Cari punya cari barulah akak tahu nama dia Suhaila M Zin. Akak pun bukaklah facebook dia. Wahhh gambar dia depan kedai Gucci tuu!! Kawan ramai. Lebih dua ribu orang, tapi tak ada sebarang kata-kata yang memperlihatkan diani Ketua Puteri Selangor! Wall kosong. Paling tidak gunakan peluang dan ruang yang ada untuk berbicara pasal politik semasa dan bagi input atau komen yang berguna. Ke sibuk sangat kat Selangor? Tapi sibuk amendenya?
Bila akak cari pulak facebook Puteri Umno Selangor, perkara yang sama jugak kelihatan. Gambar yang adapun hanyalah di'tag' oleh orang lain. Wall tidak diisi dengan pendapat dan cerita terkini oleh ketuanya. Tak tahulah kalau Suhaila suh orang lain yang jaga admin. Tapi kalau suh orang lainpun jaga admin, kalau hang tak pantau, apa ke jadahnya!
Akak masih tak percaya yang Suhaila M Zin ni tak buat kerja. Akakpun cuba cari laman web dia orang. Adala portal Puteri UMNO Selangor. Tak boleh masuk pulak. Apa kes? Bila googlepun tak banyak cerita yang keluar. Memang betullah bebudak Puteri ni tak membantu langsung. Macammana Selangor nak menang kalau tak dapat sepenuhnya bantuan dari semua sayap?
Akak difahamkan sekarang ahli Puteri Selangor sebanyak 49 ribu ahli. Tapi yang hanya mengundi cuma 27 ribu jer. Maknanya yang lain-lain tu mengundi di luar Selangor. Jadi kalau setakat 27 ribu jer nak bantu tawan Selangor, camana? Sedangkan wanita muda di Selangor yang layak mengundi hampir 400 ribu! Kenapa Puteri Selangor tidak rajin berusaha untuk tawan hati depa nie semua? Kenapa tak tarik keahlian baru? Tak kan sibuk sangat nak buat harta je kot? Cer jawap sikit Suhaila...
Kes PTPTN pun budak Puteri buat tak layan jer. Kenapa tak pergi ke Dataran Merdeka? Kenapa tak hampiri bebudak mahasiswa tu semua? Padahal yang terlibat sebahagiannya adalah budak perempuan yang boleh menyertai Puteri. Tapi depa semua duk menikus. Ke budak Puteri pun turut sokong PTPTN dihapuskan? Ke masih ramai lagi bebudak Puteri yang tak bayar balik pinjaman dan kena blacklist?
Akak tak pastilah kalau Suhailani jenis yang buat kerja senyap-senyap. Tapi akak nak cakapla, kalau buat kerja senyap, tak ada publisiti, baik buat anak jer la. Itu baru betul buat kerja secara senyap! Publisiti kan penting bagi setiap orang politik. Tak kan itupun tak tahu kot? Dan kalaulah buat kerja senyap-senyap, berapa banyak keahlian baru Puteri Selangor? Ker lebih patut akak tanya, berapa banyak projek baru yang hang dapat?
Nak marahpun marahla. Pada akak pergerakan Puteri sekarangni memang lembek, lesu dan lemah. Ada tak ada sama jer.....
akak pun memang dah lama tak berkenan dengan bebudak puteri ni...entah apa je yg dia orang buat. adalah 2-3 kerat yang akak kenal, tp semuanya nampak tak professional, setakat jadi balaci bole la, tp nak bagi idea jangan harap, camner la korang nak tawan selangor balik..hati akak pun korang tak dpt nak tawan..haiii...balik tido aje lah sang puteri...
ReplyDelete