TIBAI ke, CABAI ke, CIBAI ke, ABAI ke, semuanya bagi akak dah keterlaluan. Semuanya tentang seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Hebat sangat ke dia sampai satu Malaysia nak kena bangkit menentang dia? Tapi itulah persepsi yang diberikan oleh mereka yang mencipta pelbagai akronim kononnya demi menentang Anwar dari menjadi Perdana Menteri Malaysia. Semuanya tentang Anwar. Secara tidak langsung Anwar digambarkan sebagai individu yang paling berpengaruh dan paling digeruni. Betul ke macamtu?
Kita terlalu sangat berhabis waktu menentang manusia yang satu ini. Tenaga dan enjin minda kita cuma memikirkan bagaimana untuk menghapuskan Anwar Ibrahim. Tapi sedar tak sedar, rakyat semakin mual, rakyat semakin bosan dengan cerita sama tentang Anwar Ibrahim. Rakyat sudah tidak teruja dengan berita seks Anwar. Anwar sudah terlalu kebal untuk isu-isu moral kerana kesilapan kita menyuakan terlalu banyak perkara yang sama kepada rakyat. Makanan yang sedap pun, kalau hari-hari duk tibai makanan yang sama, lama-lama boleh muntah bang!
Rakyat dah tak nak dengar cerita Anwar Ibrahim. Rakyat nak tahu pendekatan kerajaan terhadap isu semasa, nak tengok bagaimana jentera kerajaan mendampingi rakyat dan menyakinkan rakyat tentang masa depan ekonomi dan sosial rakyat. Itu yang lebih hampir kepada rakyat jelata. Isu moral Anwar tak ada kena mengena dengan sekolah anak, tak ada kaitan dengan barangan dapur dan tak kelihatan di dalam penyata gaji dan penyata pendapatan syarikat.
Dan lagi, Anwar bukan lagi satu ancaman yang luar biasa. Menurut kajian, di tempat dia sendiri di Permatang Pauh pun, populariti Anwar sudah turun 50%. Ceramah yang dihadiri Anwarpun khabarnya sudah tidak mendapat sambutan hangat seperti dulu. Jadi, jangan tingkatkan lagi populariti Anwar dengan TIBAI, CIBAI, ABAI, CABAI dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Bukan tak boleh nak berceramah ke seluruh negara dan bercerita tentang Anwar. Boleh, cuma jangan keterlaluan. Bila diwujudkan satu kelab, satu persatuan atau satu badan yang dipromosikan dengan begitu hebat, akak bimbang ianya akan merugikan BN sendiri. Memang akak tahu mereka tu bukan ahli BN pun, tapi secara tak langsung mereka menjatuhkan BN dengan cara mempromosikan Anwar Ibrahim. Sudah- sudahla tu....
Pada akak kita kasi BAI BAI jer kat Anwar. (Blahla Anwar Ibrahim). Ok tak?
No comments:
Post a Comment