Monday 29 August 2011

BADANNYA PAS, HATINYA DAP; RUPANYA MACAM PAS, OTAKNYA DAP

Mood raya akak betul2 terganggu dengan keletah si Mat Sabu. Sudah beberapa hari akak tak jengah blog sebab sibuk buat persiapan untuk raya. Tup tup si mat sabu duk main isu komunis pulak yg buat satu malaya gempar. Mat sabu meletakkan komunis sebagai hero sebab kononnya si komunisni adalah anti british yg duk jajah malaya. Komunisni lah sebenarnya pejuang kemerdekaan. Semua polis dan tentera adalah anjing british, sebab itu memang wajar balai polis bukit kepong diserang. Memang patut anggota polis dan keluarganya dibunuh. Sampai cam gitu sekali si mat sabu menghalalkan pembunuhan kejam.

Memang si mat sabu ni gila glamer sama cam si mak lampir gak. Kalau depa duk sebelah menyebelah memang rupa cam adik beradik pun. Perangai pun sama. Cakap pun merepek mengalahkan pelakon senario.

Tetiba plak bila kena maki kiri kanan, boleh plak si mat sabu kata dia tak ingat yang dia ada cakap macamtu, mat sabu kena tengok dulu video penuh baru boleh bagi kenyataan, walaupun kat youtube dah terang dan jelas segala sebutan yang mulut dia sendiri keluarkan.

Tapi bagi akak, memang mat sabu boleh lupa pun sebab dia kan cuma pembesar suara bergerak puak Dap? Dia tak tahu apa yang dia cakap sebab dia cuma duk hafal jer apa skrip yg si lim guan eng bagi. Itulah akibatnya bila dah banyak sangat terhutang budi ngan lim guan eng, akhirnya tergadai kreadibiliti.

Tadi bila akak baca Harakah sat tadi, si mat sabu mula main skrip selamat. Dia seolah2 baru tersedar dari mamai, dari dipukau dek jawatan dan wang ringgit si lim guan eng. Mat sabu mula puji tentera, kononnya tentera bagus sebab menjaga kedaulatan negara. Tentera dulu sebelum merdeka yang tak bagus dan patut dibunuh. Nampak sangat gelabah si mat sabu, nampak sangat dia bekerja untuk puak Dap yang dari dulu lagi duk perjuangkan komunis.

Walaupun akak lahir lepas merdeka, tapi akak percaya apa yang diceritakan oleh mak dan ayah akak. Macammana kejamnya komunis ni pada orang melayu dan orang kampung. Orang kampung macam mak ayah akak bukan kerja dengan british, orang kat kampung akak masatu pun bukan kerja dengan british, tapi tetap jadi mangsa komunis. Sebab itu bila mat sabu nak ubah sejarah, akak jadi marah.

Memang mat sabu patut mintak maaf pada semua rakyat malaysia lebih2 lagi pada kaum keluarga anggota polis bukit kepong. Akak takut nanti mat sabu tercekik lemang raya nanti, tak sempat nak mohon maaf. Sudah sudahlah berbakti pada si dap tu. Mat sabu adalah hero pas yang punya kecelaruan identiti. Badannya pas, hatinya dap. Rupanya macam pas, otaknya dap!

2 comments:

  1. mak bedah17:01:00

    Pada aku ramai yang Badannya PKR. Rupa macam pas. Gerak macam DAP.tapi jiwanya masih UMNO.Orang kesayangannya tetap TUN M

    Tak percaya? ..Tunggu PR 13.

    ReplyDelete
  2. PAK MAT TEMPE17:07:00

    Mereka yg pangkah pembangkang adalah penyokong Mahathir yg marahkan umno kerana membelakangkan Mahathir.

    Sekarang Mahathir dah ke depan...OK lah tu.

    ReplyDelete