Monday 15 August 2011

PADERI GAY HINA KEMERDEKAAN NEGARA!! SIALAN!!

Dah beberapa hari akak nak tulis pasal si paderi yang punya kecelaruan orientasi seks ni.  Akak bukan kisah sangat pasal dia gay sebab manusia gay ni dah memang berlambak kat Malaysia ni.  Dah macam tak boleh dibendung dah, dah macam penyakit berjangkit.  Kalau dulu elok-elok dah berbini, dah berlaki, tetiba jer tukar orientasi seks kepada sesama jenis.  Tak ke menghairankan tu?  Ini memang penyakit sosial yang serius dan kalau tak dibendung, memang akan jadi barah.  

Pun sebenarnya akak bukan nak bercakap soal agama sebab dah sah-sah agama menolak hubungan sesama jenis ni.  Tapi akak duk geram bila si paderi gay Reverend Ou Yang Wen Feng kata yang dia akan berkahwin dengan kekasihnya pada 31 Ogos sempena kemerdekaan negara.  BACA  sini

Punyala biadap si paderi gay ni.  Dia sengaja nak mencabar dan mencalarkan kemerdekaan negara kita.  Orang macam ini tak patut dibenarkan masuk kat Malaysia.  Biar dia duduk kat New York jer yang mengiktiraf kahwin sejenis ni. Si paderi ni, tak lain dari nak bagitahu yang Malaysia ni masih belum merdeka sepenuhnya. Masih dikongkong dengan pahaman sempit dan menolak kebebasan hak asasi manusia.  Ini lah fahaman liberal yang diperjuangkan dek segelintir masyarakat, atas dasar kebebasan hak asasi kononnya.  Giler!  Jangan duk fikir, bila buat cam gitu, Malaysia akan diiktiraf kahwin sejenis ni.  Nanti tengoklah, bila dia duk buat macam tu, akan ramai lagilah pengikutnya, akan ramai lagilah yang akan mencabar undang-undang Malaysia dan tak heran kalau ada pulak lagi perhimpunan penyokong-penyokong gay ni ala-ala Bersih 2.0 pulak.

Akak nak tengok apa akan dibuat dek jabatan agama, dek orang-orang agama, mufti, majlis peguam Malaysia, persatuan paderi dan orang ramai bila si Reverend Ou Yang Wen Feng ni nak buat majlis perkahwinan dia kat Malaysia ni.  Hotel mana duk bagi tajaan, barang kemas atau butik mana duk manjadi penaja.  Ker nanti TV Selangor akan buat siaran langsung majlis perkahwinan tu?   Nak jugak akak menengok, ye tak?    

2 comments:

  1. Fuh tulisan yang mantap! tahniah Akak

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Sungai Rapat Online. Terima kasih jugak sebab link blog akak ke blog tuan.

    ReplyDelete