Tuesday 11 October 2011

DI MANA TUMPAHNYA MILO KALAU TAK KE JAMBAN????

Alahai Milo Suam.... anak omak.  Nape marah-marahni sayang??  Tak kan pasal Bob Lokman yang diberitakan ditahan membuatkan anak omakni boleh kategorikan negara Malaysia ni semakin gila.  Gila ke kalau tangkap orang gila yang duk meroyan kat surau Hulu Langat tu?  Akak taklah dengar butir-butir ceramah atau tazkirah yang diberikan oleh Bob Lokman.  Tapi kalau setakat Bob Lokman yang masih suam-suam kuku belajar agama, dah boleh bagi ceramah satu Malaya mengalahkan ustaz yang balik dari Al Azhar, memanglah akak rasa tak yakin.  Tazkirahnya bukan untuk menyampaikan kebaikan kepada masyarakat, tetapi lebih kepada menanam perasaan benci kepada kerajaan dan umat Islam yang bukan dari mazhab PAS.  Bagus sangat ke kalau buat cam gitu?  Itu ke yang dituntut agama?  Itu ke yang ikut Sabda Rasulullah, "Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat...".  Kalau satu ayat je kata 'Jom sembahyang', tapi yang sepuluh ribu ayat lagi semuanya sumpah seranah dan mengajak kepada permusuhan sesama Islam, macammana? 

Cuma akak nak bagitahu kat orang pakatan haram ni semua.  Polis bertindak kerana terbukti ada kesalahan yang dilakukan.  Kena tahu dululah kenapa Bob Lokman ditahan.  Sebab bagi ceramah takde permit ker?  Sebab melontarkan kata-kata hasutan ker?  Atau sebab lain.  Janganlah buat tuduhan melampau.  Jangan bandingkan kesalahantu dengan orang yang sebarkan video lucah di internet.  Kalau kata video Anwar Ibrahim balun China doll tu satu bahan lucah, jadi lucahlah dia.  Tapi kalau dikatakan video tu sebagai bahan yang berbentuk didaktik, maka didaktiklah dia, kalau anggap video tu sebagai bahan lelucun, maka lelucun lah dia.  Kalau Bob Lokman bagi tazkirah dan berceramah di youtube mesti tak kena tahan.  Si Namewee derhaka tu pun tak kena tahan.  Apa bendalah yang si pakatan haram ni duk bising dan anti sangat ngan polis ni.

Yang akak tak boleh nak tahan gelak tu bila si Milo Suam ni kata yang diapun selalu bagi tazkirah.  Tazkirah apa dek non?  Risau betul akak pada orang yang telah mendengar tazkirah si Milo Suamni.  Apa agaknya ilmu yang diperturunkan?  Apa agaknya nasihat dan pedoman yang dibisikkan ke telinga budak budak comel yang baru nak hidup tu?  Issshhh... Biarlah akak berfikiran yang baik-baik jer....Layan blog Papa Gomo lagi bagus....hehehe


---------------------------------------------------------------------------------------------

Bob Lokman ditahan Polis ketika memberi tazkirah di surau

Kongsi411
MAKLUMAT yang diperolehi daripada laman mikroblogging Twitter editor Keadilandaily Fazallah Pit mendakwa saudara Bob Lokman telah ditahan ketika memberikan tazkirah di sebuah surau di Hulu Langat [Twitter].



Berita ini juga turut tersebar secara meluas di internet terutama di Facebook dan Twitter. Menyaksikan ramai pihak yang merasa hairan dengan berita ini.

Negara ini semakin hari semakin gila. Macam-macam perkara gila berlaku, orang bagi tazkirah pun boleh kena tangkap Polis.

Apa yang menariknya orang yang menyebarkan video lucah disanjung bagaikan hero pejuang kebenaran. Orang yang menyebabkan anak-anak anda menonton video lucah disanjung.

Kalau menyanyi melalak depan orang ramai, tak ada siapa nak tangkap. Bila mengajak orang ramai kepada Allah, mengajak orang ramai membesarkan Allah boleh ditangkap.

Selama ini ReJaM© sendiri selalu memberikan tazkirah di surau terutama di surau universiti dan bersama rakan-rakan. Begitu juga dengan sahabat-sahabat Tabligh yang selalu memberikan tazkirah dari rumah ke rumah.

Namun baru kali ini perkara gila ini boleh berlaku. Anda akan ditangkap sekiranya memberikan tazkirah tanpa tauliah.

Sabda Rasulullah, "Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat...". Namun hari ini usaha dakwah yang disarankan oleh Rasulullah ini disekat dengan pelbagai cara dan alasan.

ReJaM© "Mengajak kepada Allah ditahan, mengajak kepada kemungkaran disanjung..."

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/10/bob-lokman-ditahan-polis-ketika-memberi.html#ixzz1aREg5l4K

2 comments:

  1. Anonymous16:02:00

    Taskhirah banyak mana nak makan pil hormon supaya tumbuh payudara kut? rasa-rasanya milo suam tu ada tokoh-tokoh nak jadi mak nyah... mesti terpelanting si NATASHA dari Perlis yang claim dia PONDAN Istimewa tu....

    ReplyDelete
  2. Anonymous15:07:00

    Maaf ye Akak, Bob Lokman tu siapa ? tak kenal pun.
    Adakah dia tu lawyer? doctor ? majistrate ? atau ahli meuzik ?

    ReplyDelete