Friday 21 October 2011

GADDAFI DIBUNUH.....PR BELAJAR DARI RAKYAT LIBYA!

Sedih akak tatkala membaca dan melihat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dibunuh dan mayatnya diseret dan dikasari.  Dan bersoraklah regim zionis, amerika syarikat dan negara barat yang lain dengan tumbangnya Gaddafi.  Akak faham kenapa yahudi dan negara barat benci kepada Gaddafi tetapi tidak boleh faham kenapa rakyat Libya sendiri membenci beliau.  Sebegitu banyak jasa yang ditabur oleh Gaddafi kepada rakyatnya, masihkah tidak dapat memuaskan hati mereka?  Apakah yang dijanjikan oleh negara-negara yang membantu menumbangkan kerajaan Libya di bawah pimpinan Muammar Gaddafi kepada rakyat Libya yang derhaka dan tamak?

Akak melihat scenario yang sama berlaku di Malaysia. Keghairahan rakyat Malaysia untuk menumbangkan kerajaan dan perpecahan orang-orang Melayu begitu menakutkan.  Kejatuhan sesebuah kerajaan datangnya dari bantuan dalam negara sendiri.  Lihat saja Mesir, Iraq.  Sudah aman kah mereka?  Sudah maju dan hebatkah mereka bila kerajaan asal ditumbangkan?  Jika Pakatan Rakyat melihat sebuah negara kebajikan akan dapat membahagiakan Malaysia, bagaimana pula dengan Libya yang dianggap sebagai negara kebajikan?   Banyak kemudahan yang diberikan kepada rakyat Libya.  Antaranya pendidikan dan perubatan secara percuma, tidak ada bayaran letrik,  gas yang amat murah, bank tidak mengenakan sebarang faedah dan banyak lagi.  Muammar Gaddafi sendiri dikatakan tidak mempunyai rumah kerana itulah janjinya sehingga semua penduduk Libya memiliki rumah sendiri.  Nik Aziz yang melaung-laungkan negara kebajikanpun ada rumah yang hebat walaupun beribu lagi orang Islam di Kelantan hidup dalam keadaan daif dan tidak memiliki rumah sendiri.   

Entahlah.  Akak harap segala yang berlaku di luar sana akan menjadi pengajaran kepada orang-orang Malaysia terutamanya orang Melayu yang kadangkala marah dan sakit hati tidak bertempat.  Orang Cina DAP melihat kekayaan dan kemajuan Malaysia perlu dimiliki oleh mereka.  Sebab itu mereka semakin berani, semakin tamak dan semakin ingin menguasai.  Dan Melayu seperti Anwar Ibrahim akan menjadi pak turut dan keldai tunggangan DAP. 

Segalanya menakutkan....Dan jika ini berlaku, akak percaya, 10 tahun akan datang Malaysia akan jatuh ke tangan bangsa lain dan kewujudan raja-raja Melayu juga akan hanya tercatat di buku sejarah!  Begitulah.....    

4 comments:

  1. Anonymous10:52:00

    Nik Aziz ade rumah?? tlg sket dia ddk rumah kayu sederhana je.. nk ckp pape tu siasat dulu

    ReplyDelete
  2. Anonymous03:05:00

    bosan ah bace blog ko ni.. ntah hape2 isi melalot.. nmpak sngat ko ni bute kayu.. poser jek ko ni.. luaskan knowledge tu dulu, bru boleh mnulis..

    ReplyDelete
  3. Anonymous20:43:00

    This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Anonymous23:22:00

    ape ni kaitkan ngan tok guru iskh2

    ReplyDelete