Friday, 6 January 2012

UNTUK TATAPAN ABANG POLIS JE....AAWWWW!!!

Ni akak nak bagi rahsia besar yang abang polis tak kan dapat semasa dalam latihan polis di mana-mana kat dalam dunia ni.  Polis yang macam gini lebih mengghairahkan dari polis di bawah didikan Hishamuddin yang sering dikritik hebat.  Kalau nak jadi polis yang dihormati dan dipatuhi dek Adam Adli dan kengkawan lain yang jugak penggemar demonstrasi perlulah melakukan perkara-perkara yang cam gini.  Dengar ye abang polis.....

Peraturan yang perlu dipatuhi untuk menangkap pesalah yang berdemo

Pertama:  Semasa nak menyapa orang yang berdemo perlulah memberi salam 1 Malaysia dahulu
Kedua:  Semasa nak menangkap mereka perlulah memberikan senyuman kerana ini adalah tuntutan penjawat awam.  Lebihkan gula dalam senyuman
Ketiga:  Semasa nak menggari perlulah meminta izin dan berkatalah kepada pesalah:  'Maafkan saya, bolehkah saya menggari awak?'  Selepas dibenarkan hendaklah mereka digari dengan lemah lembut dan jangan lupa teruskan dengan senyuman.
Keempat:  Sekiranya pesalah melawan hendaklah polis berkata 'Astaqfirullah, mengucap ya...jangan melawan, tak baik.  Berdosa.  Tuhan marah tau...Saya tangkap ya?  Saya tangkap ye?'
Kelima:  Sekiranya pesalah melarikan diri pihak polis hendaklah berkata:  'Janganla lari.  Kalau lari saya kejar.  Saya kejar ni....saya kejar....'  Senyum jangan hilang.  Tangan kanan keluarkan telunjuk dan sebelah tangan lagi pegang pinggang.  Dapat bayangkan?

Begitulah cara-cara yang betul yang telah dipersetujui oleh pakatan pembangkang.  Jika pakatan rakyat memerintah nanti, beginilah cara-caranya pihak polis akan bertindak.  Ketika itu Ketua Polis Negara adalah Adam Adli.  Hidup! hidup!  Adam! Adam!  Adli! Adli!  (sorakan sama cam gaya geng2 Adam Adli bersorak reramai semasa berdemo)  

Sekian terima kasih.

5 comments:

  1. Anonymous19:16:00

    aduss....
    menusuk kalbu
    mendalam dan 'ada maknaa.."

    -zahimi-

    ReplyDelete
  2. pak ngah22:37:00

    salam akak... teringat pulak pasal komen lawak ari tu... tercuit hati pak ngah... kalau masuk pertandingan n dilakunkan dah tentu menang ni.. cuba bayangkan... caya lah...

    ReplyDelete
  3. Tima kasih pak ngah!

    ReplyDelete
  4. Bagus ni kalau buat sketsa...gelak sampai nak pecah perut rasanya. Tak payah Nik Aziz buat solat hajat dan doakan...baca lawak akak dah cukup boleh pecah perut yang jahit tak kemas...

    ReplyDelete
  5. pak ngah16:36:00

    sme sme kak... itu adalah bakat... dalam tulisan pun boleh terserlah.... teruskan perjuangan.. yang benar pakngah akan terus sokong...

    ReplyDelete