Wah wah wah! Bukan main lagi dia punya canang. Macam hebat sangatla PR memerintah. Yakin sangat cik abang kita ni yang Pakatan lebih mampu mentadbir pusat berbanding BN. Dia bagi pulak perbandingan dengan negeri2 di bawah pentadbiran PR. Kononnya Kelantan, Selangor, Penang dan Kedah begitu hebat semasa di bawah pentadbiran PR.
Tapi akak nak tanya, tu isu air yang tak pernah selesai kat Kelantan tu apa kes? Bukan setahun dua memerintah. lebih 20 tahun, masalah air kuning berkeladak masih belum selesai lagi. Hebatnya kerajaan Kelantan. Tu kat Selangor, baru je 3 tahun memerintah, sampah pun semakin banyak sampai ada yang dah panggil Selangor Darul sampah. Bijak sangat ke mentadbir sampai hal-hal asas yang macamtu pun payah sangat nak diuruskan. Tu kat Penang, awatnya tol Sungai Nyioq duk terpacak lagi? Awat tak tutup je?
Yang dibanggakan sangat dek Idris Ahmad ni hanyalah sebab kerajaan Selangor bagi sumbangan RM300 kat guru Kafa. Kononnya itu yang pernah dijanjikan oleh PR. Tapi yang dijanjikan dek PR RM500 sebulan. Mana lagi RM200? Khalid gagap songlap ke? Guru-guru lain nape tak dibagi pulak?
Hai cik abang, kalaupun nak mengampu pemimpin tertinggi PR, cer jeling-jeling sikit apa yang dah dibuat. Jangan pakat puji je bang. Setakat janji nak buat itu ini, semua orang boleh buat. Tapi akhirnya mampu ke nak buat? Cer cermin skit wajah tu. Mana lebih metalik dari MB Perak? Lagi metalik, lagi mahal ooooo
No comments:
Post a Comment