Tuesday, 10 January 2012

ALAHAI PKR...AGAK-AGAKLAH KALAU NAK MENIPU TU....

Sehari sebelum keputusan liwat dibuat, rakyat dikejutkan dengan berita pengawal Wan Azizah, Fayyadh Afiq Albakry Jaafar Sidek disuntik morfin dan dia dalam keadaan nazak.  Jahat sungguh Umno ni.  Dah la bos dia nak kena masuk penjara, pengawal Wan Azizah pun depa cuba nak bunuh.  Punyala hebat Pkr punya kelentong.  Semuanya nak kasi gempak, nak kasi rakyat cemas, nak bagi rakyat marah.  Biar kempen 901 dipenuhi dek rakyat yang membenci kerajaan.  Begitulah harapan orang Pkr.  Yang si Azmin pulak dah gagal nak himpunkan 100 ribu penyokong di perkarangan mahkamah, nak tak nak terpaksalah buat drama nazak.  Biar semakin ramai rakyat datang.  Tapi akhirnya tak sampai 5 ribupun yang datang.   

Pastu pulak si Fayad yang nazak tadi kerana suntikan beracun tetiba disahkan doktor tak ada apa-apa.  Tercucuk sikit je.  Takde morfin, takde racun.  Sebab panas hati ngan doktor tu, si Fayad yang nazak tu boleh keluar dari hospital sendiri kawan-kawan.  Tak sampai sehari dah baik ke bang?  Ke berjalan keluar dalam keadaan nazak?  Lawak ke tak lawak tu?   Bila orang duk kutuk dia sebab dia tetiba sihat, si Fayad tu kononnya diberitakan pergi ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan.  Hospital yang dirahsiakan supaya tidak diganggu oleh polis.  Dan yang paling tak masuk akal sekali bila dikatakan yang polis mengganggu Fayad yang masih tak sihat.  Teruk sangat ke sampai tak boleh bercakap?  Keluar hospital dan pindah lari ke hospital lain boleh pulak.  Polispun bukan teruk sangat.  Kalau dah memang nazak, koma, dah tentu-tentu tak boleh ambik keterangan.  Tapi kalau dah boleh bercakap, otak tak mati, tak gila, apasal pulak tak boleh bagi keterangan?  Polis menyiasat sebab korang yang kata diracun, ada melibatkan kejadian jenayah.  Nanti kalau lewat buat siasatan, korang kata pulak polis anti Pkr.     

Drama Pkr ni sikit-sikit koma, sikit-sikit nazak.  Tapi pastu semua pakat sihat dan segar bugar belaka. Depa sebenarnya dah tersilap langkah.  Depa ingat Anwar akan kena penjara.  Tu yang bikin macam-macam perancangan termasuk kena racun.  Depa akan pakat cakap, nanti Anwar pun akan diracun jugak dipenjara.  Bila tak jadi masuk penjara, payahla depa nak jawap kat rakyat pasal kes si Fayad.  Sebab tumpuannya memang isu morfin dicucuk oleh seseorang yang ingin membunun Wan Azizah tetapi terkena tangan Fayad.  Jadi, depa nak cari alasan yang baikla untuk menjawap pentanyaan polis nanti.  Si Fayad kena dibagi skrip yang perlu dihafal supaya tak salah cakap.  Tu yang lari tu.  Lari untuk cari skrip dan hafal skrip.

Alahai Pkr, kalau nak bunuh Anwar dan Wan Azizah, tak payah cucuk morfin di tengah-tengah orang ramai.  Bodoh betul si perancang tu.  Kerajaan ada banyak duit.  Kalau kerajaan nak kasi mati, upah je lah pembunuh upahan, letupkan kapalterbang yang bawak Anwar dan isteri dan macam-macam cara lagi boleh buat.  Itu kalau kerajaan jahat dan kejam la.  Tak mainlah cucuk menyucuk ni.  Hal cucuk menyucuk, itu kemahiran Anwar Ibrahim jer.....

3 comments:

  1. Anonymous20:30:00

    ha ha ha..baik punya....

    ReplyDelete
  2. Anonymous21:41:00

    kepala hotak depa memang geliga dengan bohong dan putar belit.....dah jadi asam garam pr

    ReplyDelete
  3. pak ngah23:00:00

    ha.ha.ha...... memang cantik ulasan akak ni... dah jadi orang gila pak ngah senyum sensorang...

    ReplyDelete