Wednesday 18 January 2012

ISLAM DI SELANGOR SEMAKIN MEMBIMBANGKAN! KHALID GAGAP JAGA HAL EHWAL ISLAM!!

Ingatkan Dr Yunus yang dilantik sebagai exco kerajaan Selangor akan menggantikan Hassan Ali dan semua portfolio yang pernah disandang Hassan Ali.  Rupanya tak.  MB Selangor, Khalid Ibrahim pulak melantik diri dia sendiri untuk jaga Portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.  Dr Yunus hanya pegang Portfolio Adat Resam Melayu dan Belia dan Sukan sahaja.  Dr Rani Osman dilantik sebagai Pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (Skimsel) manakala Adun Bandar Baru Bangi, Dr Shafie Abu Bakar dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Adat Istiadat Melayu (Padat), kedua-dua jawatan itu sebelumnya disandang oleh Datuk Dr Hasan Ali.  

Seorang Hassan Ali boleh jaga macam-macam portfolio dan jawatan lain, tapi bila Hassan Ali tak ada ramai pulak yang terpaksa buat kerja dia.  Sebab apa?  Sebab semua orang yang ada tu malas nak buat kerja banyak, malas nak fikir.  Cuma nak duit je.  

Tapi akak terperanjat jugak bila Khalid gagap duk jaga Hal Ehwal Islam.  Bila pulak dia ni prihatin dengan orang Islam dan agama Islam?  Bukan ke dia yang menyokong gereja dan murtad?  Bukan ke?  Memang ini bala besar pada umat Islam kat Selangor.  Kesian Selangor.  Kesian Sultan Selangor yang diperbodohkan dek Khalid Ibrahim.  Sultan mesti tak nak Dr Rani dan perkenan untuk lantik Dr Yunus untuk jaga Hal Ehwal Islam.  Tapi Khalid lebih pandai pusing.  Tak apalah Sultan Selangor suka Dr Yunus sebab Hadi Awang yang pilih.  Khalid tak suka, sebab nanti payah gereja nak kasi murtad orang Islam. Dia terus rombak portfolio hari ni jugak.  Dia tak nak Dr Yunus jaga Portfolio tu.  Bagi Khalid gagap orang Pas tak cukup Islamik untuk jaga hak elwal Islam.  

Tahniah Pas!  Tahniah sebab terlalu bijak sehingga dipijak oleh orang Pkr!!  Tahniah!  Tahniah orang Islam dan Melayu Selangor kerana mempunyai MB yang begitu Islamik!!      

No comments:

Post a Comment