Monday, 16 January 2012

MAHASISWA MERBAHAYA DIBEBASKAN!!

Polis ambik pendekatan berlembut lagi.  Mahasiswa yang punya ciri-ciri pembunuh dibebaskan dengan jaminan polis dengan alasan dia akan menduduki peperiksaan!  Baca SINI 

Kalau dah tahu awaktu belajar dan nak lulus peperiksaan, kenapa buat ugutan jenayah kat PM?  Bila dah kena tangkap, tahu takut pulak tak dapat nak periksa, takut tak lulus dan dibuang.  Sebelum buat tak fikir dulu.  Inilah masalahnya penyakit bebudak U sekarangni.  Harap pandai menghafal je, otak guna untuk ingat formula dan data.  Tapi tak tahu nak fikir yang mana baik, yang mana buruk.  Yang mana jantan, yang mana pondan.  Patutnya mahasiswani disumbat kat penjara sebab dah terang-terang dia mengeluarkan kenyataan ugutan.  Kalau budak umur 10 tahun mungkin kita beranggapan dia main-main untuk berseronok.  Tapi ini dah dewasa, katanya dah 24 tahun.  Lelaki seusia 24 tahun memang dah boleh merancang, bertindak dan berfikir secara matang.  Dan kalau ada ugutan, memang dia punya kemampuan untuk melakukannya dan sebab itu dia wajib ditangkap, dibicarakan dan dipenjarakan!  

Setakat tangkap, soal sejam dua, tak ada hal lah.  Esok lusa akan banyak lagi mahasiswa yang akan buat ugutan, sampai kita tak akan tahu yang mana satu main-main dan yang mana satu serius.  Polis ingat bila buat tindakan macamni, pembangkang akan puji la dan kata yang polis baik, polis prihatin dan berperikemanusiaan.  Jangan mimpilah pembangkang dan penyokong depa nak rasa cam gitu.  Depa kutuk lagi ada.  Baca je depa punya komen kat Mkini pasal kes tu.   


No comments:

Post a Comment