Pilu, sayu, sedih....bercampur baur bila terbaca luahan hati Anwar yang sedang tidak keruan kini sementara menunggu nasibnya ditentukan 9 Januari. Hangpa tak kesian ke? Dia ada isteri, ada anak-anak yang perlukan perhatian. Dia ada Adam, ada Azmin, ada Rafizi yang sentiasa perlukan kemesraan. Kenapa semua nak dia dipenjarakan?
Anwar berkata yang Pakatan tak kan tumbang tanpa dirinya. Dia berucap di hadapan 500 orang rakyat di sekitar Negeri Sembilan. Kenapalah akak tak datang petang semalam. Padahal akak ni ada kat Nilai jer. Rugi besar rasanya kerana tidak berpeluang untuk bertentang mata dengan bekas graduan Sg Buloh yang akan melanjutkan pelajarannya di peringkat PHD di universiti yang sama: Penjara Sungai Buloh. Rugi....rugi....
Tapi....kejap eh. 500 orang je yang datang dengar ucapan Anwar Ibrahim kat Negeri Sembilan? Biar betul Mkini ni. Nak main-main ke apa. Kan selalu kehadiran Anwar akan bikin gempak? Kalau tak 5000 orang ke atas mana mungkin Anwar nak berucap? Apa kelass setakat 500 orang je. Dan lagi kenapa depa tak sediakan pentas yang besar buat Anwar? Kenapa berucap kat pentas kecil di tapak letak kereta? Mana pergi CheguBard? Mana hilangnya Aspan Alias?
Patutlah ucapan Anwar begitu berapi-rapi sekali. Sebenarnya dia marah, dia kecewa dan dia dah tahu yang kehadiran dia tidak lagi diperlukan. Tu pasal keluar kenyataan 'pakatan tak akan tumbang tanpa saya!' Kenapa? Selamani dia ingat pakatan rakyat akan hancur kalau dia tak ada ke? Hahahaha. Macamtulah Nuar. Bila ada, adik sayang, bila tak ada adik melayangla.....
Sedih kan? Kan? Huhuhu
____________________________________________________________________
Mkini:
Anwar: Pakatan tak akan tumbang tanpa saya
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat tidak akan tumbang sekalipun dirinya dipenjarakan atas tuduhan liwat.
Anwar kini dalam rangka menjelajah seluruh negara menjelang keputusan perbicaraannya minggu depan walaupun polis telah memberi amaran supaya tidak berbuat demikian.
Anwar pada tahun 2008 dituduh mengadakan hubungan seks dengan bekas pembantu lelakinya. Keputusan perbicaraan ditetapkan pada hari Isnin ini dan jika didapati bersalah, ahli politik berusia 64 tahun itu menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun.
Anwar telah menafikan pertuduhan itu dengan mendakwa ia satu komplot kerajaan untuk mencemarkan imej beliau.
Lewat petang semalam, Anwar memberitahu perhimpunan yang dihadiri kira-kira 500 penduduk sekitar Negeri Sembilan bahawa Pakatan Rakyat yang dianggota tiga parti pembangkang itu tidak akan tumbang walaupun tanpa dirinya.
"Anwar di dalam penjara, Anwar di luar penjara ... ia tidak penting. Yang paling penting, rakyat perlu tumbangkan Umno," katanya semasa ucapan berapi-api selam sejam.
Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PKR, secara tidak dijangka pada pilihan raya umum 2008 menafikan BN majoriti dua pertiga di parlimen yang telah memerintah selama setengah abad.
Pada pentas kecil sementara yang dibina di tempat letak kereta, Anwar berkata beliau tidak bersalah dan meminta penyokongnya untuk "menyelamatkan negara daripada terjerus dengan gejala rasuah dan salah urus kerajaan.
"Saya tidak bersalah. Saya mangsa fitnah ... tidak ada kes jika mereka berdasarkan fakta-fakta atau mematuhi undang-undang," katanya.
Selepas ucapannya itu, hadirin menjeritkan slogan seperti "Hidup rakyat" dan "Hidup Anwar”.
Dear Akak,
ReplyDeleteTerima kasih kerana melawat blog saya. Saya dah linkkan juga blog akak di honour list DI SINI dan DI SANA.
Terima kasih akak.
Jangan nak syarah panjang panjang anwar berahim oooi....cakap kosong tak guna, ambik AL QURAN dah bersumpahlah dengan nama ALLAH. Kalu tak berani buat jangan cakap konspirasi UMNO. Bukannya kena keluar duit pun nak bersumpah dengan AL QURAN. Ingat ALLAH tahu apa yang kita buat, jangan nanti ALLAH tunjukkan kepada orang bila kita nak sakhratul maut nanti. Sudah sudahlah tu..kalau kita buat silap masih ada waktu lagi utk bertaubat sebelum kita menutup mata buat selama lamanya.
ReplyDeleteTektik tuu...
ReplyDeleteBagi dia.., dah takder harapan nak lepas dari penjara.. Maka, let it be dulu sementara waktu. Dia merayu agar rakyat beri PR mandat berkuasa. Dengan kuasa yg ada pada PR nanti, Kerajaan PR akan 'mengarahkan' mahkamah membebaskan dia.. Itu plan dia tuu..
Dia dah plan, agar kerajaan PR nanti 'meliwat' sistem kehakiman negara.
Memang jahat..!