Friday, 13 January 2012

KENAPA YUSOF AL-QARDAWI BOLEH TERSILAP......

Bukan main bangga blogger Pakatan bila Sheikh Yusof Al-Qardawi duk ucapkan tahniah kepada Anwar sebab dibebaskan dari tuduhan liwat.  Pada dia bila ulama macam Sheikh Yusof Al-Qardawi cakap macamtu menandakan Anwar memang tak bersalah dan kejadian liwat yang dilarang dalam Islam juga tidak berlaku.  Tapi masalahnya seorang ulama masih seorang manusia yang tidak tahu apa yang berlaku atau dilakukan oleh manusia lain dalam ruang yang tersembunyi. Secara lahiriahnya Anwar memang kelihatan seorang yang warak dan suatu ketika dulu orang memanggilnya sebagai sheikh.  Punyala alim.  Tapi alim Anwar alim-alim kucing.  Alim Anwar alim-alim sawa.  Kalau nampak ikan, terus ngap jugak.  Kalau nampak ada keuntungan di mana-mana dia pasti belit punya.
  
Mana Sheikh Yusof tu tahu Anwar kaki liwat sebab dia bukan mangsa.  Yang jadi mangsa adalah Saiful.   Sebab tu orang masih percaya pada mangsa.  Sama jugak kesnya dengan di pihak yang sebelah sana.  Korang percaya Anwar menjadi mangsa konspirasi dan bersimpati dengan Anwar.  Tu pasal korang percaya dengan dia.  Percaya membabi buta.  Keputusan mahkamah harus berdasarkan bukti. Sebabtu ramai yang boleh lepas bebas kerana tidak cukup bukti.  Yang dah mengaku membunuhpun boleh lagi lepas sebab bukti tidak mencukupi.  Contohnya seorang lelaki yang menunjukkan di mana dia menanam mayat seorang yang dibunuhnya.  Tapi kenapa dia boleh lepas dari hukuman?  Barangkali senjata bunuh tidak ditemui atau keterangan yang bercanggah atau kecederaan yang tidak konsisten dengan aduan dan macam-macam lagi putar belit yang boleh dilakukan oleh peguambela.  Itu tidak menghairankan dan memang berlaku.  dalam kes Anwar, bukti asal air mani Anwar ada di dalam bontot Saiful telah menunjukkan ada berlaku kejadian liwat.  Tapi barangkali untuk meletakkan ianya sama seperti kejadian rogol, pastilah tidak mampu dibuktikan oleh pendakwaraya.  Dan itulah kehebatan Karpal Singh.  Bukan sebab mahkamah dengar suara rakyat seperti yang Anwar dakwa.      

Itu sebab undang-undang Islam amat mudah.  Islam inginkan 4 orang saksi.  Memang kelihatannya tidak masuk akal sebab mustahil nak meliwat atau merogol orang kena ada saksi pulak.  Tak mungkin berlaku.  Tapi orang beragama Islam percaya bahawa Allah akan memberikan pembalasan kepada si pelaku.  Sama ada di dunia atau di akhirat.  Sebab itu orang Islam yang baik, takut untuk melakukan kejahatan kerana Allah nampak segalanya dan terlepasnya hukuman di dunia tidak bermakna terlepas hukuman di akhirat.  Kalau kita percaya semua itu, kita tidak akan kecewa Anwar dibebaskan dan marah kepada tuan Hakim yang membuat keputusan.  Allah sedang memberikan masa untuk Anwar bertaubat.   Itupun kalau dia terbukak hati nak bertaubat la.  Setahu akak dia akan terus buat!

Dan akak heran jugak kenapa penulis blog pembangkangni nak salahkan Utusan bila siarkan kegembiraan kelompok gay Filipina apabila Anwar dibebaskan?  Kejadian liwat yang berlaku kerana suka sama suka atau atas kerelaan atau pilihan sendiri tidak seharusnya dihukum, ini yang mereka perjuangkan.  Dan perjuangan mereka telah diterjemahkan kejayaannya di mahkamah Malaysia.  Tentulah mereka gembira.  Semua peliwat dan yang diliwatpun gembira.  Anwar pun suka. 

Pada akak, keputusan sudah dibuat.  Akak nak tengok sejauh mana Anwar boleh pergi.  

5 comments:

  1. Anonymous18:22:00

    aduhai cik kak..cik kak nmpak ka anwar tu liwat saifol?kenapa org percaya pada anwar?kenapa ada org lain pula percaya pada saifol?kerana yg percaya pada anwar adalah org PR dan yg percaya pada saifol tu orang barisan..tp kalau org islam yg beriman dia wat dono ja kes ni sebab org islam akan serah sepenuhnya pada allah..bkn mahkamah.dan kalau saifol tak leh nk bawak 4 saksi sebagaimana kehendak syariat islam..lebih baik dia dok diam dan biaq allah yg azabkan anwar tu sebab dlm undang2 islam yg menuduh jika gagal mngemukakan saksi akan disebat..akak tak percaya pada janji allah ke?akak tak percaya pada syariat allah ke?

    ReplyDelete
  2. Sapalah yang nak merogol akan bawa 4 saksi? Kalau saksi 4 itu merupakan saksi bohong tak ke anak tuan yang kena rogol tu sia-sia saja. Sebab tu dalam Hukum Islam jika tidak dapat saksi 4 orang yang benar-benar cukup syarat2nya( baca syarat2 saksi dalam Islam) maka kanya pergi pada Qiranah iaitu bukti. Dalam Bukti itudah wujud di makamah iaiatu Air Lazat Kepuasan Anu sudah ada dalam buntut Saifol. Ke dua Karpal Singh sendiri sudah akui bahawa wujud kegiatan Liwat Tapi Suka-sma Suka. Anu sendiri tidak membela diri dengan bersumpah yang dia tidka meliwat Saifol...so Tepuk La Dada Tanyalah Iman...

    ReplyDelete
  3. Tima ksh Neilkie69 sebab tolong terangkan pd dik non kt atas tu.

    ReplyDelete
  4. Anonymous21:08:00

    Dik non tu tak faham selain daripada hudud ada qarina. Anwar bukan disabitkan dalam hak huduk tetapi qarina.

    ReplyDelete
  5. Anonymous15:07:00

    qarina tu apa kak dan macam mana?yg saya tahu ada hudud,takzir,ijma` n qias..ia trmasuk dlm ijma` ke?sori le..lemah sket bab perundangan islam ni sbb tak blajar

    ReplyDelete