Friday 27 April 2012

KAWAT BESI DAN PAGAR DI DATARAN DIRUNTUHKAN!!

Provokasi sedang berlaku. Bebudak suruhan yang barangkali dah terima duit poket telah berada di sekitar dataran dan menunggu masa untuk meruntuhkan kawad besi dan pagar yang didirikan. Segalanya tak mustahil untuk mereka lakukan. Jika bos depa pun dah langgar arahan dan membelakangkan undang2 apalagi pengikut yang taksub dan pengikut upahan.

Akak rasa tak masuk akal langsung bila Ambiga kata tak cukup masa untuk ubah lokasi duduk himpun tu. Kononnya cerdik sangat, tapi rupanya bangang tahap ayam. Inilah contoh pemimpin yang dipuja oleh mereka, oleh orang Pas sehingga dibawa ke Madinah. Kalau orang cerdik dan memang ikhlas untuk menyatakan bantahan, mustahil melakukan sebegitu banyak promosi terlebih dahulu sebelum venue dikenalpasti. Kenapa Ambiga dan Bersih tak mohon untuk gunakan Dataran Merdeka  terlebih dulu sebelum mewar2kannya kepada orang ramai? Dan jika pihak DBKL dah tak luluskan dan mencadangkan Bersih guna stadium, sudah pasti segala keributan ini tidak berlaku. Ini promosi dulu, buat baju bersih dulu, kemudian baru mohon nak guna Dataran Merdeka. Ini satu paksaan dan tekanan terhadap pihak berkuasa dan penipuan kepada semua rakyat yang terlalu lurus untuk melihat agenda di sebalik perhimpunan duduk bantah ini.

Kenapa rakyat tidak nampak agenda jahat Ambiga dan Anwar untuk mewujudkan satu keadaan huru hara di Kuala Lumpur? Ambiga, Anwar dan Bersih bakal mencemarkan nama Malaysia di mata dunia. Orang macam ini adalah penghianat negara dan seharusnya ditahan dan dipenjarakan.

Sekian lama kita hidup dengan aman. Kehadiran mereka di pentas politik begitu mengganggu ketenangan. Akak rasa kian tidak selamat lagi dengan kewujudan mereka ni. Kalaulah akak diberikan mukjizat, mahu je akak minta burung ababil jatuhkan batu2 panas dan penyakit kat peserta perhimpunan dan pastinya para ketua mereka. Barulah Malaysia kembali aman dan stabil!


Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

  1. Anonymous13:25:00

    SETUJU SANGAT DENGAN AKAK...PUAK PUAK NI DAH DIBODOHKAN.KAN LAGI BAIK DEPA BERSIHKAN RUMAH YANG KOTOR DAN BERSEPAH ATAU HANTAR SAJA DEPA BERSIHKAN SAMPAH YANG BERLONGGOK KAT SELANGOR NI...BARU AKU JOIN.

    Pak Din Pencen

    ReplyDelete