Friday 6 January 2012

LAWAK 901...!! LAWAK TERAKHIR SEORANG BAKAL PM..!!

Semakin dekat nak masuk penjara, semakin pandai Anwar berjenaka.  Kalau dengar jenaka dia, macam nak putus urat perut punya tak tahan nak gelak.  Menggelegak anak tekak akak.  Ni semua sebab meroyan tak dapat jadi PM lah ni.  Kalau esok mati kat penjara sah sah mati mata terbukak.  Kesian tul ngan Anwar.  Dalam duk tunggu saat nak ke Sungai Buloh, Anwar bikin lawak penjara:  Anwar akan tetap jadi PM suatu hari nanti.  Bila pakatan rakyat tawan Putrajaya, walaupun Anwar dalam penjara akan ada PM sementara dilantik.  PM sementara tu akan terima arahan dari Anwar di penjara. Hebat betul. Kemudian PM sementara akan mintak Anwar dibicarakan balik.  Selepas undang-undang liwat dipinda, Anwar akan bebas sebab menurut undang-undang baru itu nanti, meliwat dan diliwat tidak menjadi kesalahan.  Anwar akan diangkat pulak jadi PM.  Gitulah perancangan Anwar yang kononnya hasil perbincangan dia dengan rakan-rakan pakatan.

Gila ke apa?  Macam main-main pulak.  Memang bunyinya lawak sungguh.  Anwar macam dah semakin mereng, semakin hilang akal.  Sakitnya cukup parah dan ada kemungkinan nanti dia tidak layak masuk penjara sebab dah gila dan terpaksa dihantar ke rumah sakit jiwa pulak.  Mungkin ini boleh berlaku kalau melihat cara Anwar buat lawak akhir-akhir ni.  Orang gilapun tak boleh buat segila Anwar.  Ni gila punya gila!

Anwar ingat betul ke kengkawan dia akan jadi PM sementara dan bukan kekal?  Kalau depa dah jadi PM, dah pegang kuasa, hang ingat depa akan panggil hang balik ke jadi PM?  Boleh percaya ke?  Lagi lama hang merengkok dalam penjara adalah sebab depa takut hang keluar dan buat kecoh untuk rampas title PM tu.       

Dah lah Anwar.  lebih baik duk diam.  Habiskan masa berkualiti dengan isteri dan anak-anak.  Bertaubat je la.  Itu lebih baik dari berjenaka tak tentu hala.  Kalau tak kesian dengan Kak Wan atau Nurul Izzah sekalipun, kesianlah dengan diri sendiri.   

1 comment:

  1. Anonymous16:24:00

    kalau kata anwar giler...pengikut dia baerganda2 la lg gilernya....kan?kan?kan?....

    ReplyDelete