ONLINE MEDIA
- AGENDA DAILY
- AIDC
- ANTARAPOS
- BEAUTIFULNARA
- BERITA HARIAN
- BERNAMA
- FMT
- FREE MALAYS
- HARAKAH
- KEADILAN DAILY
- KL POS
- M STAR ONLINE
- MALAYSIA TODAY
- MALAYSIAKINI
- MALAYSIAN DIGEST
- MOLE.MY
- MYKMU
- SELANGOR DAILY
- SINAR HARIAN
- THE MALAYSIAN INSIDER
- THE MOLE
- THE ROCKET
- THE STAR
- UMNO ONLINE
- UTARA NEWS
- UTUSAN MALAYSIA
Thursday, 31 May 2012
SULTAN DIA KATA BODOH??? BERANI MATI TUUU....
SHAHRIZAT DIBEBASKAN DARI TUDUHAN!! JANGAN MARE....
NIZAR PERLU BERUBAT!
Akak fahamla yang Nizar ni sanggup jadi lilin untuk Dap. Boleh jadi peti suara Dap dengan harapan dapat jadi MB balik nanti. Agaknya setiap malam si Nizarni mengigau sebut MB. Kesian. Memang kronik sakit dia. Sampaikan Sultan yang kaya nak beli nombor plet kete pun Nizar meroyan, sakit hati tak bertempat.
Kalau ada duit nak beli apa pun boleh. Macam hang jugakla Nizar. Dap tu banyak duit, depa pun belilah hang untuk jadi peti suara depa. Apa ada hal?
Dan kalau sakit hati sangat dengan Sultan, nape terhegeh2 duk pakai gelaran yang dianugerahkan dek Sultan? Akakpun setuju jugak biar Sultan Perak tarik balik gelaran yang baginda bagi. Tapi akak tahu yang baginda Sultan tidak sebingai Nizar untuk layan kebodohan tahap melampau Nizar tu. Cuma akak heran gak la. Camana si Nizar ni dulu boleh dapat gelaran Datuk Seri?
PERKASA: Tarik balik gelaran Nizar - Malaysiakini
Tuesday, 29 May 2012
SIAPA YANG TUNGGU LAFAZ CERAI NIE??
EZRA ZAID DICEKUP!
NAZMI FAIZ MALUKAN PKR!!
Monday, 28 May 2012
JOM PAKAT SEDEKAH KAT PAS!! KESIAN NIK AZIZ..
Rakyat Pas Kelantan cukup bertuah sebab berpeluang untuk bagi sedekah. Terbaru kos projek lebuhraya dari Kuala Krai ke Kota Bharu akan ditanggung oleh sedekah rakyat. Katanya sebahagian. Tak tahulah berapa bahagian dari total kos 1.8 billion tu. Hebat! Takbir!
Yang BN ni kerjanya asyik nak bagi bantuan jer. BR1M lah, itulah, inilah. Bila masa nak bersedekah ni? Apa kata kita undi Pas nanti. Bolehlah kita sama2 sedekah duit gaji kita untuk wat lebuhraya, wat empangan, wat sekolah, balai polis, hospital dan lain2. Ok tak?
Nik Aziz yakin lebuh raya rakyat dapat siapkan - Malaysiakini
APABILA ANWAR DILONGKANGKAN....
MANA OSTAD BADRULAMIN NIE? RINDU PLAK KAT DIA .....
ORANG BUAT HIMPUNAN, DIA NAK BUAT GAK. TAPI SUNGGUH MEMALUKAN!!
Agenda Daily: Real News For New People
Friday, 25 May 2012
NIK AZIZ BATAL DAH MUZAKARAH NGAN UMNO....
Sehubungan itu, Nik Abdul Aziz berkata, beliau menarik balik hasrat untuk bermuzakarah kerana wujud terlalu banyak manipulasi.
"Tak usah, tak usah, kita berjemaah ni kena turut tok imam," kata beliau selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.
http://www.sinarharian.com.my/politik/nik-aziz-batal-hasrat-muzakarah-dengan-umno-1.50920
MINTAK MAAFLA WEI!
Thursday, 24 May 2012
KEJAP UMNO, KEJAP NGO. APO DIO NIE HANG MEREPEK??
Pas ni nampaknya semakin sakit. Depa tak tahu apa nak buat dalam senario sekarang. Islam semakin dipinggirkan oleh kengkawan pakatan. Dap dan Pkr pulak jauh lebih berpengaruh dari Pas. Dalam keadaan tertekan macam ni, mulalah fikiran jadi celaru. Mulalah umpan Umno memujuk rayu. Nak adakan muzakarah. Tapi sebahagian besar makhluk dalam Pas dah teruja dengan Anwar sebab Anwar lagi banyak duit dari Nik Aziz. Jadi depa peduli apa ngan Nik Aziz dan Islam. Kalau sokong Anwarpun akan tetap masuk syurga sebab depa ahli Pas. Tak payahlah susah2 nak muzakarah dan cari jalan selamatkan akidah umat Islam atau menyatukan orang Melayu. Yang penting kan akhirat. Tuan guru Nik Aziz jugak dulu yang ajar anak2 buah tentang kekafiran Umno. Sekarang dah nampakpun bagaimana anak didik Nik Aziz menjadi celupar dan derhaka.
Tak apalah bang Aji. Hentam dan hina lagilah orang Umno. Satu hari nanti abang Aji bakal menangis bila melihat Malaysia jadi negara kebajikan. Yang terima kebajikan adalah orang Melayu dan yang beri kebajikan ialah orang Cina. Senang kata, orang Cina Dap yang mengaut kekayaan negara akan bagi makan orang Melayu Islam yang semakin miskin di negara sendiri. Tak apalah. Kan negara berkebajikan.
Nik Aziz: Muzakarah dengan Umno, bukan NGO - Malaysiakini
Wednesday, 23 May 2012
HEBAT SANGAT KE KJ TU? NO LAHHH....
Tuesday, 22 May 2012
MALAYSIAKINI PROMOSI IRSYAD MANJI!
Irshad Manji kata orang Gay dan Lesbian adalah ciptaan Allah dan tidak harus didiskriminasikan. Maknanya semua yang dicipta oleh Allah boleh buat apa sahaja. Kalau harini akak pi merompak rumah Anwar, tak patut akak ditangkap sebab akak adalah ciptaan Allah. Apa yang akak lakukan adalah dengan izin Allah. Kalau Allah tak izin, dah tentu akak tak berjaya merompak, ye tak? Orang yang membunuh dan merogolpun adalah makhluk ciptaan Allah. Apakah pihak berkuasa tidak boleh tangkap dan hukum mereka ini atas alasan mereka adalah ciptaan Allah dan tak perlu didiskriminasikan? Kalau Allah nak ampunkan mereka, itu adalah hak Allah. Tak ada siapa yang menolak bahawa Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Tapi segalanya telah tertulis di dalam Al-Quran dan hadis yang wajib dipatuhi oleh semua manusia.
Tolonglah Malaysiakini, janganla nak promosikan Irshad Manji dan golongan LGBT! Sudah-sudahlah tu...
http://www.malaysiakini.com/news/198641
Sunday, 20 May 2012
CERITA GELI GELI...
Mesti hangat citer skandal nie nanti. Sapalah agaknya orang upahan BN yang dah berjaya memberahikan jiwa Anwar tu eh? Hehehe.
Patutlah Nik Aziz dah mula tukar bantal untuk bermimpi....dah geli sangat ngan Anwar agaknya..
Friday, 18 May 2012
SEKS LUAR TABII!! CAKAP CAKAP SAMPAH ORANG PAKATAN!!
MUZAKARAH PAS DENGAN DAP DAN PKR SEDANG BERLANGSUNG!!
RITA RUDAINI SERTAI PAS?? PULAK DAHHH
Thursday, 17 May 2012
KENAPA NIE NAJIB???? INI LANGSUNG TIDAK ADIL!!
Tuesday, 15 May 2012
AKSI MELAMPAU! JANGAN TIRU!
P/s: klau berani sangat, pi la tayang punggung kat Anwar.
Monday, 14 May 2012
BILA BLOGGER PAKATAN MENCABAR ANWAR DAN AZMIN...!
Memang sah Anwar dan Azmin kian dipinggirkan. Walaupun blogger pakatan cuba menahan nafsu supaya tidak mencederakan pasukan sendiri menjelang pru 13 yang berada diambang, tapi gelodak nafsu amarah dah tak dapat dibendung lagi. Anwar dan Azmin yang terpalit isu moral sepatutnya dah sedar diri. Kalau tak terjun lombongpun, paling tidak duduklah diam2 bermuhasabah diri. Dan lebih baik lagi pergilah mana2 sekolah pondok dan belajar hukum hakam agama Islam.
Bila blogger Kerajaan Rakyat duk cabar Anwar dan Azmin ikut cara bekas MB Perak, Nizar yang berani datang dan duduk di meja depan untuk mendengar dan menjawab tuduhan yang dibuat, akak kira blogger pakatan dah muak nak jawab segala isu moral makhluk berdua tu. Seharusnya Anwar dan Azmin lebih berani ke depan dan berada di kelompok BN untuk menjawab persoalan moral ke atas mereka. Tapi Anwar dan Azmin lebih banyak diam dan setakat menjawab yang itu semua adalah fitnah Umno. Bila ada cabaran seumpama itu, nampak sangat orang PR sendiri yakin yang bukti besi video itu memang 100 peratus tepat.
Tapi akak tak heran sangat. Sifat keperempuanan Anwar dan Azmin memang dah lama terserlah. Cuma tak payahlah nak puji sangat tindakan si Nizar tu. Pada akak tindakan Nizar duk ganggu majlis orang dan datang tanpa diundang adalah tindakan jantan yang kurang ajar. Namun akak kagum dengan tindakan orang BN, Datuk Shaarani dan Hanafiah Man yang bertindak seperti lelaki yang budiman dengan memberi tempat utama kepada Nizar yang datang tiba2 ke majlis mereka di Tualang Sekah, Kampar. Klau orang BN yang datang ke majlis PR, entah2 disambut kasut.
Kerajaan Rakyat: Cabaran buat pimpinan PKR terutama Anwar Ibrahim dan Azmin Ali
Thursday, 10 May 2012
LAWAK PETANG. ABANG BURGER MENGAMUK DI RUMAH AMBIGA!
Lawak gak akak rasa tindakan kumpulan peniaga yang marahkan Ambiga pasal kerugian yang depa tanggung masa Bersih 3.0 hari tu. Depa dirikan gerai jual burger kat depan rumah Ambiga di Bukit Damansara. Kalau Ambiga tak nak bayar gantirugi, depa akan berkampung kat situ lagi.
Terpulanglah abang burger nak buat apa. Tapi tolong pastikan jangan nama umno pulak nanti dijadikan sasaran. Klau abang burger nanti kena saman pulak sebab dirikan gerai tanpa kebenaran, akak tak tahulah. Dan lagi, tak rugi ke bila buang masa angkut gerai dan bukak gerai kat rumah Ambiga tu? Ada Ambiga kisah ker?
'Protes burger' depan rumah Ambiga - Malaysiakini
Wednesday, 9 May 2012
ADA GAK BODOHNYA SI MARINA MAHATHIR NI...
Bila baca tulisan Marina anak Tun Mahathir akak ingatkan pasti ada sesuatu yang boleh dipelajari. Tapi rupanya tidak. Marina semakin merapu dan berfikiran keliru. Dalam tulisan terbarunya, Marina mengungkit kembali kisah pemberontakan yang berlaku di Mesir pada Januari 2011. Kata Marina, kerajaan memanggil pulang lebih 11000 pelajar yang menuntut di Mesir sebab bimbang pelajar ini akan belajar sesuatu dari pemberontakan itu. Kata Marina lagi pelajar Malaysia di sana tidak punya masalah dengan pemberontak dan tidak perlu pulangpun ke Malaysia.
Wahai anak bekas Perdana Menteri, biar akak, anak bekas penoreh getah ni nak bagitahu sikit: Kerajaan panggil balik kesemua pelajartu sebab bimbangkan keselamatan dia orang. Mak bapak dia orang kat sinipun dah mintak kerajaan bantu bawak anak keluar dari Mesir. Sebahagian dari pelajar di sanapun ada pelbagai masalah keselamatan. Memang dia orang tidak punya masalah dengan pemberontak, tapi rumah dia orang banyak yang diceroboh oleh penjenayah untuk mencuri dan merompak. Keadaan kelam kabut masatu membuatkan pihak polis tidak mampu mengawal penjenayah lain yang mengambil kesempatan. Pelajar takut untuk keluar dari rumah penginapan. Bekalan makananpun semakin berkurang sebab banyak kedai yang tutup waktu tu. Nak keluar rumahpun takut. Ramai yang menghubungi keluarga dan kedutaan menyatakan kebimbangan dan ketakutan. Sebab itu kerajaan pantas bertindak menyelamatkan mereka.
Masa pelajar Malaysia balik tu semua pihak baik kerajaan mahupun pembangkang berterima kasih sebab kerajaan tanggung semua pembelanjaan. Kerajaan negeri pakatanpun bersama2 membantu jugak memberi duit tambang kembali semula ke Mesir dan ada yang beri duit poket kepada pelajar tu semua. Masatu tak ada pulak Marina atau Anwar dan pembangkang kata jangan bawa pelajar kita balik. Tak ada pulak dengar Marina atau pembangkang kata pemimpin BN takut pelajar di Mesir belajar cara memberontak dan sebab itu bawa balik semua. Ada? Tak ada! Tapi bila Bersih dibuat tetiba pulak Marina dan pembangkang dapat idea untuk menyalahkan kerajaan dan seterusnya menanamkan persepsi buruk kepada rakyat terhadap tindakan kerajaan bawak balik pelajar. Adil ke macamtu? Kalau haritu kerajaan tak bawak keluar pelajar di Mesir dan ada pelajar yang mati, dah tentu2 pihak pembangkang tak cukup mulut nak mengata. Ini semua permainan manusia yang jahat hati perut.
Dalam tulisan Marina, sahabat baik Ambiga dan penyokong kuat LGBT ni lagi, kalau Malaysia bukan seperti Mesir dan Najib bukan Mubarak, kenapa pulak kerajaan layan peserta Bersih 3.0 macam pemberontak di Mesir? Ni akak nak jawap gak: Siapa pulak yang samakan Malaysia dengan Mesir? Yang selalu mengapi-apikan rakyat ialah Anwar Ibrahim tentang Arab Spring dan menyakinkan para penyokongnya kejadian itu boleh berlaku di Malaysia. Rakyat akan bangkit menentang kerajaan sehingga tumbang. Ini Anwar yang bilang. Sebab tu bila Ambiga nak buat Bersih dulu Anwar cuba mencuri kesempatan. Dan sebab itu jugak bila Bersih baru2 ini Ambiga suruh orangramai bersurai tapi Anwar terus suruh tawan Dataran Merdeka.
Tindakan pihak polis semasa Bersih 3.0 adalah sama dengan tindakan yang dilakukan semasa Bersih 2.0 dan siri demonstrasi 1998. Tak ada bezanya. Depa guna gas pemedih mata jugak, guna fru dan pancuran air dan asap jugak. Tang mana yang berbeza? Kenapa pulak nak kata yang pihak polis bertindak dan melayan peserta macam pemberontak Mesir? Depa memberontak baru tahun 2011 sedangkan polis kita layan orang membuat demonstrasi sama sebelum dan sesudah pemberontakan di Mesir. Cuma kalau Marina nak tahu, selepas Arab Spring, cara peserta yang berdemo je nampak berbeza. Depa jadi lebih ganas dan keterlaluan dari sebelum ini.
Jadi nasihat akak kat Marina, jgn dengar sangat cakap Anwar. Jangan percaya kelentong Majlis peguam, jangan terima je hujah si Ambiga. Dan akhir sekali hormatilah Tun Mahathir tu sebagai seorang bapa walaupun tak nak hormat Tun sebagai bekas PM.
Rantings byMM: No, We're Not Egypt..I think...
DAP BERTINDAK BALAS. TUNKU AZIZ DIGUGUR SENATOR!
Tuesday, 8 May 2012
LAGI KISAH UNIT AMAL PAS...
Ketua pengarah unit amal Pas Juhari Osman yang tak mengaku serbu polis masa Bersih 3.0 haritu katanya terima bungkusan hadiah berisi peluru kat rumah dia di Melaka. Cuma akak heran gak kenapa si tukang hantar tu marah sangat kat mamatni. Siap tulis 'penghianat' lagi. Besar sangat ke peranan unit amal ni sampai org nak marah dan buat ugutan peluru semua. Kalau hantar peluru kat Anwar ke, Azmin ke, Ambiga ke logik la jugak. Ini setakat Juhari. Akak pun tak kenal. Dan betul ke orang marah pasal Juhari mengetuai 4000 orang unit amal Pas haritu ataupun dia ada masalah peribadi ngan orang lain? Entahla...
Pengarah Unit Amal PAS terima peluru - Malaysiakini
Monday, 7 May 2012
NIK AZIZ TAK FAHAM, TAPI MASIH NAK BUAT KENYATAAN....BIOL!
ADUHAI NIK AZIZ, TOLONGLAH SELAMATKAN HAMBA ALLAH SORANG NIE!!
Kasih Anak: Saya Tidak Pernah Derhaka
Allahyarham ayahanda saya, Pak Ali senantiasa mendidik saya untuk patuh kepada tuntutan al-Quran, berakhlak luhur dan tuntas istiqamah kepada prinsip perjuangan. Didikan dari kecil untuk menghormati serta mengasihi kedua ibu-bapa sesuai dengan pesan ajaran agama Islam menjadi pegangan saya.
Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya senantiasa kasih dan sayang kepada ibu dan bapa saya. Saya tetap mendoakan semoga ibu saya senantiasa berada dalam lindungan ALLAH SWT dan mendapat rahmatNya serta beroleh kesihatan yang baik. Saya turut mendoakan semoga Allahyarham ayahanda saya mendapat husnul khatimah dan ditempatkan rohnya di syurga yang penuh nikmat.
Saya menyeru kepada media supaya tidak mengganggu ibu saya dan Umno janganlah mengheret ibu saya ke dalam kancah politik Umno yang kotor dan jijik. Institusi keluarga termasuk hubungan kekeluargaan perlu disejahterakan dan bukannya diaibkan di dada media.
Saya tetap sayang dan hormat ibu saya. Saya juga bersyukur dianugerahkan isteri, Shida yang taat dan setia serta anak-anak yang memahami citra perjuangan yang murni ini.
Saya bertekad untuk meneruskan perjuangan menjana perubahan melalui wacana segar yang mengangkat dasar kepedulian rakyat. Saya berazam untuk melawan budaya politik jelik yang disuburkan oleh Umno dan media yang ditunggangi mereka.
Saya berserah segala-galanya kepada ALLAH SWT dalam menghadapi mehnah ini tetapi saya tidak akan tunduk menyerah kepada tekanan fitnah Umno. Saya akan tumpu kepada usaha dan kerja-kerja parti selaku Pengarah Jabatan Pilihanraya Pusat (JPRP) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangkakan pada bulan Jun 2012.
Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR
Sunday, 6 May 2012
SULTAN TU KETUA AGAMA. AGAMA APA?
Sultan tu ketua agama. Agama apa? Itu soalan melampau, kurang ajar dan amat jahil serta jahat. Soalan ini dilontarkan oleh blogger Kerajaan Rakyat sebentar tadi. Kerajaan Rakyat turut bertanya kepada mufti apa hukumnya Sultan berjudi dan pemimpin berjoli. Ini soalan yang paling jahil sekali sifatnya bagi akak. Tak payah tanya mufti, anak akakpun boleh jawab. Hukum berjudi adalah berdosa tak kiralah kalau dilakukan oleh nelayan, penoreh, pemimpin atau sultan sekalipun. Tak kan itupun tak tahu.
Akak cukup faham niat lontaran soalan jahil yang bersifat sinis ni. Blogger pakatan nie nak kata yang sultan ni berjudi walaupun baginda ketua agama. Seorang ketua agama tak kan melakukan kemungkaran. Jadi sebab sultan berjudi, sultan ni beragama apa? Itu yang cuba disampaikan oleh blogger popular tu. Nak tanamkan kebencian rakyat terhadap Sultan dan tanamkan persepsi yang raja itu jahat.
Nie akak nak soal pulak kat blogger hebat ni, orang yang beli loteri, beli nombor ekor, lumba kuda, bertaruh utk kemenangan Manchester United atau Chelsea tu semua beragama apa? Klau Ahmad yang beli loteri, dia sebenarnya menganut agama Budda ke? Klau si Anwar bertaruh sejuta ringgit untuk MU adakah dia bukan beragama Islam? Soalan apa jenis yang ko duk merepek ni Kerajaan Rakyat?
Akak tahu yang Kerajaan Rakyat cukup marah bila muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang melanggar undang2 serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara. Si Kerajaan Rakyat nak dengar perkataan wajib macam yang tok guru Nik Aziz fatwakan. Nik Aziz yang duk rasuah pengundi, yang pergi mekah pun ditaja, yang menyanjung peliwat tu yang depa duk agung2kan dan anggap bagai ketua agama atau barangkali nabi.
Kalau marahkan muftipun janganlah lemparkan kemarahan terhadap Sultan. Itu derhaka namanya. Nampak sangat si Kerajaan Rakyat ni memang punya dendam dengan institusi Raja. Macam selama ini dia duduk semeja berjudi dengan para Sultan sampai dia yakin sangat yang Sultan di Malaysia ni kaki judi.
Pada akak tidak timbul soal ketua agama Islam berjudi atau tidak, yang penting tidak pernahpun di mana2 negeri kat Malaysiani menghalalkan orang Islam berjudi. Malah orang Islam yang berjudi akan ditangkap. Undang2 Islam tidak pernah dinafikan oleh Sultan yang menjadi ketua agama.
Akak tak rasa si Kerajaan Rakyat ni alim atau punya pegangan agama yang kuat. Kalau diani jenis orang Islam yang baik tak mungkin dia punya bahasa kotor dan jijik. Barangkali diani mengidamkan Anwar Ibrahim untuk jadi ketua agama kat Malaysia tak?
Tak boleh ke orang macamni kita dakwa jer?
Kerajaan Rakyat: Bila Pelacur Menjadi Ahli Jawatankuasa Fatwa, Hukum Islam Dipersendakan
KEJADIAN PALING NGERI...APAKAH ANWAR TERLIBAT?
Semua harus baca. Semua perlu sentiasa berhati2. Sama ada ini sekadar satu permainan politik atau memang ada agenda sahih yang tersembunyi akak tidak tahu. Benarkah ini yang dirancangkan oleh musuh Islam? Jika benar berlaku inilah kejadian yang paling ngeri dan wajib dielakkan. Atau barangkali agendanya tidaklah sekejam itu tapi kemungkinannya tetap ada. Dan kita sebagai umat Islam tidak perlu terlalu terburu2 dan tidak perlu sampai ke tahap penyediaan satu rangkaian perang. Ini akan menjarakkan lagi hubungan antara kaum dan agama. Bagi akak kita harus tunjukkan sifat kasih dan sayang terhadap semua kaum. Diskriminasi harus dihentikan. Perpecahan antara Melayu dan Islam wajib dielakkan bagi menjamin kekuatan. Selebihnya berserah dan taat kepada Allah. InsyAllah segalanya bakal menjadi sebuah mimpi ngeri semata dan tidak akan menjadi kenyataan!
Sungai Rapat Online: Satu Pendedahan yang Berani daripada Bekas Timbalan Ketua Pemuda DAP
Saturday, 5 May 2012
TANGISAN 1MALAYSIA...DI MANA KEADILAN???
Memang syahdu. Memang sedih dan memang boleh mengalirkan airmata. Sebagai wanita akak turut merasai kepedihan yang dialami oleh oleh Che Tom Yahaya, ibu si Azmin jamban yang derhaka! Dan lebih sedih lagi bila mendengar Che Tom berkata 'jika hati yang luka boleh diubat, hati yang pedih juga boleh dirawat, tapi hatinya kini dah hancur!' Dah tak boleh diubat atau dirawat. Che Tom meluahkan perasaannya di hadapan para wartawan dan disiarkan di Buletin Utama TV3 sebentar tadi dan boleh dilihat oleh jutaan penonton yang akak rasa turut merasai kesedihan seorang ibu.
Memang celakalah anak yang mendapat sumpahan yang sebegitu. Sanggup melukakan hati seorang ibu. Dan kerana dosa itu jugaklah akak rasa keaiban Azmin di jamban terdedah. Akak tak tahulah kalau Azmin masih rasa dia akan terus hebat di dunia ni.
Ibu Azmin juga bertanya di mana keadilan? Selamani Azmin mahukan keadilan dan bersungguh2 memperjuangkan keadilan rakyat tapi dalam masa yang sama tidak berlaku adil terhadap ibu dan adik beradiknya yang lain. Memang cakap tak serupa bikin. Azmin pasti mendapat balasan di dunia. Akak yakin Allah itu Maha Adil!
Dan tiba2 akak teringat kepada ibu akak. Alfatihah buat ibu akak yang telah lebih 11 tahun meninggal dunia. Saya sayang dan rindukan mama!
GEMPAK BEB! MAK LAMPIR SOKONG TIBAI!
Hahaha. Zuraida Mak Lampir dah takde pilihan. Dia marah sangat sebab kawan baik dia si Azmin jamban tu tak dapat pembelaan sewajarnya dari MB Selangor, Khalid Ibrahim. Team Azmin pakat Tibai Si Khalid Gagap tu dan Mak Lampir pun sesama tibaila jugak. Orang lain duk bisik2 je tapi Zuraida lebih daring beb. Siap buat kenyataan terbuka menyatakan kekesalan dia dengan sikap Khalid yang bagi jawapan 'no komen' kat wartawan yang bertanyakan Khalid tentang penyebaran gambar jamban Azmin.
Nampaknya Pkr dah tak boleh nak bersatu. Luka lama berdarah kembali. Dua2 team mula bunuh membunuh. Hahaha. Bagusla macamtu. Akhirnya Allah serlahkan jugak keburukan dan niat jahat Pkr. Satu demi satu terbuka keaiban pemimpin dia orang ni. Kalau Pok Nik masih tak perasan tak tahula akak. Tapi Pok Nik memang selalu tak perasan dan dapat salah info pun. Tu pasal Bob Kuman jadi Bob Lokman. Entahla labu...
Zuraida kecewa jawapan Khalid - Nasional - Sinar Harian
Friday, 4 May 2012
WAJAH MUSLIMAT PAS YANG GILAKAN AZMIN DIDEDAH! JOM TENGOK!!
ALAHAI CHEGU BARD.......!!
Thursday, 3 May 2012
ISU AISKRIM PEMUDA MIC PULA DIDEDAH!
Kejadian dikatakan berlaku kat pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Pemuda Mic dah pukul sama orang india Pkr yang kurang ajar. Padan ngan muka si Murali ketua cabang Pkr Puchong yang diberitakan memulakan pergaduhan. Memang dasar Pkr ni pungut semua orang samseng kot jadi ahli. Dari ketua umum dia sampaikan ke penyokong tegar Pkr, semua samseng. Dahla semalam duk tayang replika ic PM dengan nama Najib A/l Razak. Memang patut kena pukul pun dia orang nie semua. Samseng yang teramat kurang ajar"
Tahniah Pemuda Mic! Barulah nampak jantan walaupun tak perlu tunjuk aiskrim!
Pemuda MIC dakwa PKR mulakan pergaduhan - Malaysiakini
SEKS AZMIN ALI: SATU PENGAKUAN!
MANGSA CULIK NAYATI SELAMAT!
http://www.sinarharian.com.my/semasa/nayati-shamelin-ditemui-selamat-di-rawang-1.44895
Wednesday, 2 May 2012
ROSMAH MANSUR KECEWA......
Tuesday, 1 May 2012
SHAMSIDAR TAK KISAH DERR...DIA DAH BIASA!
Wahhh bukan main lagi promo porno dimainkan sampai Azmin Ali keluarkan kenyataan pantas menafikan segalanya...Teringat akak kisah lebih setahun yang lalu bila bos si Azmin merangkap madunya turut menghadapi situasi yang sebegini. Tapi akak yakin orang Pkr tak akan peduli termasuklah bininya Shamsidar, janji masyuukkk...
Semua tengah menunggu video penuh yang pastinya telah siap sedia untuk ditayangkan. Ramai blogger yang dah main promo skandal seks pemilik wajah mirip Azmin Ali ini termasuklah blogger APA yang anti porno.
Seperti biasa ahli PKR pantas menyatakan ini permainan BN yang ketandusan cerita. Pada akak memanglah tak ada cerita menarik pasal Pkr sebab pemimpin Pkr bukannya buat kerja untuk rakyat. Kerja yang depa buat ialah bagi sedekah ice cream dan berguling di katil ngan pompuan. Itu pasal yang banyak keluar adalah cerita seks. Janganlah salahkan Umno dan BN.
Kalau puak pakatan rasa pemimpin BN jugak sama, sila kemukakan bukti video dan gambar yang jelas. Dari tahun lepas lagi bila video porno Anwar keluar, ramai yang kata itu video yang dilakonkan dan bukan real. Jadi akak tunggu jugak kalau puak pakatan yang hebat belaka buat video seks Najib ngan Altantuya atau Ziana. Atau video liwat Hishamudin ngan Anuar Zain. Atau video seks Khaled Nordin ngan staf lelaki dia atau sapa2 yang lain. Kenapa masih tak mampu nak buat video yang 99.9% terbukti ketulenannya??
Bukan akak nak kata yang semua orang Umno ni malaikat dan tak pernah ada skandal. Ada tetap ada. Tapi depani pandai. Tak bangang macam pemimpin Pkr. Kalau benda dalam seluar sendiripun tak bijak untuk diuruskan, macammana depa nie nak memimpin dan menguruskan negara? Tindakan pemimpin Pkr semua bukan bergantung kat kepala biasa tapi kepala dalam seluar. Tidak berhati2 untuk berbuat sesuatu malah tidak bijak merencana. Itu kesimpulan yang boleh dibuat terhadap pemimpin Pkr. Semua tak boleh pakai.
Tak apalah Min, Anwar tak kisah. Shamsidarpun tak peduli. Jadi apa ada hal??
Oklah, sempena hari pekerja ni, akak nak ucapkan Selamat Hari Pekerja. Dan kepada para majikan, kalau nak bagi penghargaan kat pekerja, cukuplah sekadar mengucapkan terima kasih. Tak payah bagi ice cream bagai...