Monday, 7 May 2012

ADUHAI NIK AZIZ, TOLONGLAH SELAMATKAN HAMBA ALLAH SORANG NIE!!

Apa masalah si jamban nie yang sebenarnya.  Kalaupun taksub sangat dengan kemewahan dunia, janganlah sampai jadi anak derhaka.  Bila dah derhaka tu boleh pulak dia buat2 tak mengaku dan tanpa malu mengisytiharkan diri sendiri bukan anak derhaka.  Ko faham ke tidak makna derhaka tu Azmin?  Kalau ko dah buat airmata ibu ko mengalir itu maknanya ko derhaka dan wajib minta ampun.  Tak kan itupun ko tak tahu. Macammana pulak ko boleh cakap yang ko tak pernah derhaka di SINI.

Akak tak faham kenapa Nik Aziz tak boleh nak bagi nasihat dekat si Azmin ni.  Kalau Anwar tu memang patutlah pun sebab dia pun pernah derhaka jugak dengan mak bapak dia.  Dia peduli apa kalau orang masuk neraka janji tercapai hasrat dia nak jadi Perdana Menteri.  Wan Azizah sendiripun dah suruh Azmin jumpa mak dia.  Tapi kenapa Azmin masih berdegil dan sombong?  Kenapa nak salahkan Umno?  Tak kisahlah kalau mak ko diperalatkan dek Umi Hafilda atau Umno pun, tapi yang penting apa yang mak ko cakap tu benar dan dia sanggup maafkan ko kalau ko mintak ampun dan tinggalkan perjuangan sia-sia ko tu.  Susah sangat ke nak jumpa mak ko tu dan mintak ampun?  Akak tak faham la.  Ini bukan fitnah Umno.  Jangan la pasal halal haram dosa pahala semua tu nak dikaitkan dengan Umno.  Akal ko taruk kat mana?

Bila baca kenyataan Azmin,  dia kata dia hormat ibunya.  Macamtu ke hormat ibu?  Sekadar bagi satu kenyataan ringkas kepada media mengisytiharkan diri bukan anak derhaka.  Kalau ko pun buat kenyataan media, salah ke mak ko guna media jugak?  Akak tak boleh tahan la dengan perangai jamban makhluk ni.  

------------------------------------------------------------------
KENYATAAN PENUH AZMIN ALI
Kasih Anak: Saya Tidak Pernah Derhaka

Allahyarham ayahanda saya, Pak Ali senantiasa mendidik saya untuk patuh kepada tuntutan al-Quran, berakhlak luhur dan tuntas istiqamah kepada prinsip perjuangan. Didikan dari kecil untuk menghormati serta mengasihi kedua ibu-bapa sesuai dengan pesan ajaran agama Islam menjadi pegangan saya.

Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya senantiasa kasih dan sayang kepada ibu dan bapa saya. Saya tetap mendoakan semoga ibu saya senantiasa berada dalam lindungan ALLAH SWT dan mendapat rahmatNya serta beroleh kesihatan yang baik. Saya turut mendoakan semoga Allahyarham ayahanda saya mendapat husnul khatimah dan ditempatkan rohnya di syurga yang penuh nikmat.

Saya menyeru kepada media supaya tidak mengganggu ibu saya dan Umno janganlah mengheret ibu saya ke dalam kancah politik Umno yang kotor dan jijik. Institusi keluarga termasuk hubungan kekeluargaan perlu disejahterakan dan bukannya diaibkan di dada media.

Saya tetap sayang dan hormat ibu saya. Saya juga bersyukur dianugerahkan isteri, Shida yang taat dan setia serta anak-anak yang memahami citra perjuangan yang murni ini.

Saya bertekad untuk meneruskan perjuangan menjana perubahan melalui wacana segar yang mengangkat dasar kepedulian rakyat. Saya berazam untuk melawan budaya politik jelik yang disuburkan oleh Umno dan media yang ditunggangi mereka.

Saya berserah segala-galanya kepada ALLAH SWT dalam menghadapi mehnah ini tetapi saya tidak akan tunduk menyerah kepada tekanan fitnah Umno. Saya akan tumpu kepada usaha dan kerja-kerja parti selaku Pengarah Jabatan Pilihanraya Pusat (JPRP) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangkakan pada bulan Jun 2012.
 
Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR

5 comments:

  1. Anonymous10:18:00

    Assalamualaikum ,


    Dalam keghairahan untuk memaparkan berita yang "ada habuan dan kepentingan",jangan lupa merenung nasib yang dikau bakal lalui di akhirat kelak.Tunjangilah berita mu itu dengan akhlak dan peradaban yang telah digariskan didalam Al-Quran dan Sunnah.Berita yang belum pasti kebenarannya ,usah disebarkan kerana dibimbangi kelak akan melontarkan diri-mu ke neraka "Hawiyah" yang paling hebat seksaannya.

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:08:00

    PORKNIK, ANWAR & ASSMIN DAH TENTU MASUK NERAKA AGEN FREEMASON, APASALAHNYA DIA BAWAK PENGIKUTNYA SEKALI KE NERAKA.

    ReplyDelete
  3. pembetulan, bukan PorkNik, gelaran jawatan nik ajis ialah Pope Jong Nik Najis.. Ketua Segala Paderi Iblis Pas.. Sila betulkan kesilapan anda. Ralat

    ReplyDelete
  4. Anonymous23:03:00

    Buat statement macam tu, macam tulis surat cinta jek..... Pi lah buat sumpah laknat kat masjid. Mak hang suruh buat sumpah laknat di masjid. Pe bagi alasan bodoh standard cam nih. Balik2 tuding jari kat UMNO. Bosan dan jemu jawapan macam nih. Macam tak da alasan je.

    ReplyDelete
  5. Anonymous10:25:00

    zaman moden tanggang pun dah moden

    ReplyDelete