Saturday 5 May 2012

TANGISAN 1MALAYSIA...DI MANA KEADILAN???

Memang syahdu. Memang sedih dan memang boleh mengalirkan airmata. Sebagai wanita akak turut merasai kepedihan yang dialami oleh oleh Che Tom Yahaya, ibu si Azmin jamban yang derhaka! Dan lebih sedih lagi bila mendengar Che Tom berkata 'jika hati yang luka boleh diubat, hati yang pedih juga boleh dirawat, tapi hatinya kini dah hancur!' Dah tak boleh diubat atau dirawat. Che Tom meluahkan perasaannya di hadapan para wartawan dan disiarkan di Buletin Utama TV3 sebentar tadi dan boleh dilihat oleh jutaan penonton yang akak rasa turut merasai kesedihan seorang ibu.

Memang celakalah anak yang mendapat sumpahan yang sebegitu. Sanggup melukakan hati seorang ibu. Dan kerana dosa itu jugaklah akak rasa keaiban Azmin di jamban terdedah. Akak tak tahulah kalau Azmin masih rasa dia akan terus hebat di dunia ni.

Ibu Azmin juga bertanya di mana keadilan? Selamani Azmin mahukan keadilan dan bersungguh2 memperjuangkan keadilan rakyat tapi dalam masa yang sama tidak berlaku adil terhadap ibu dan adik beradiknya yang lain. Memang cakap tak serupa bikin. Azmin pasti mendapat balasan di dunia. Akak yakin Allah itu Maha Adil!

Dan tiba2 akak teringat kepada ibu akak. Alfatihah buat ibu akak yang telah lebih 11 tahun meninggal dunia. Saya sayang dan rindukan mama!


Published with Blogger-droid v2.0.3

No comments:

Post a Comment