Terus terang cakapla, wajah jantan KJ tak pernah mengujakan akak. Kebijaksanaan dan kepetahan KJ tidak pernah mengkagumkan akak dari dulu, kini dan selamanya. Sumpah! Ramai yang berbisik kat telinga akak tentang keberanian dan kehebatan KJ sekarang melawan pembangkang. Berani berdebat, berani bersuara dan berani mengkritik. Tak kurang jugak yang dah mula maafkan KJ di atas apa yang pernah dilakukan dulu bersama Pak Mertuanya yang kaki tidur. Malah ada yang kata KJ dah taubat dan sedar diri dan kini jadi aset kepada BN. Yang dulu nampak muka KJ macam keling parya, kini dah kata tall, dark and handsome. Dulu nampak KJ macam nak ludah, kini macam nak cium. Wahhh gituuu....
Sebenarnya pada akak, orang nampak KJ hebat, sebab tak ada lagi Pemuda UMNO lain yang hebat. Malah tak ada pemimpin BN yang hebat pun. Itu pasal KJ nampak hebat. Dan KJ yang bijak pandai ini telah mengambil kesempatan di atas kelemahan pemimpin dan Pemuda BN untuk menonjolkan dirinya sebagai seorang yang maha hebat! Dia berani untuk tampil kehadapan ketika pemimpin lain masih terpinga-pinga mencari arah dan duduk di belakang Rosmah! Itu pasal depa yang lain tu tak nampak!
Tapi si KJ ini adalah manusia yang tidak boleh dipercayai. Dia bukan berjuang untuk BN tapi untuk diri dia sendiri. Yang akak kagum dengan manusia yang sorang ini ialah kebijaksanaan dia berpolitik dan memanipulasi sesuatu. Dulu sewaktu dia jadi penasihat kepada Pak Mertua dia, semua benda dia kebas. Semua jawatan dia nak sapu dan kontrol. Malaysiani hampir telingkup di bawah penguasaan dia. Dia tak pedulipun apa orang cakap sebab masa itu dia dan Pak Mertua dia ada kuasa. Dan apakah esok, kalau budak KJ ni diberi kuasa, dia tidak akan mengulangi apa yang dia lakukan dulu? Mustahil beb! Dia tunggu masa jer dan akak nampak yang KJ cukup yakin dia akan berada di tampuk pemerintahan suatu ketika nanti.
Bila Najib jadi PM, KJ diketepikan dan dimalukan dengan tidak melantik dia memegang jawatan menteri atau timbalan menteri berbanding dengan Naib Ketua Pemuda, Dato Razali yang jadi Timbalan Menteri. Ketika ini KJ pasrah. KJ diam dan patuh. KJ cuma jadi pemerhati dan mengkaji situasi. Sebab itu dua tahun pertama nama KJ amat jarang kedengaran. Wajah KJ jugak tidak lagi mengisi dada suratkhabar dan media elektronik. Semua orang anggap karier politik KJ dah berakhir. Semua menunggu persaraan KJ atau perpindahan KJ ke pihak pembangkang. Tapi KJ dah berjaya menipu semua orang. Dia tidak pernah berhenti berusaha untuk bangkit dan mencapai cita-citanya ke puncak. Apabila KJ nampak yang pembangkang semakin kuat dan pemimpin BN semakin kecut dan berundur perlahan-lahan ke belakang, KJ tampil ke depan sebagai penyelamat. Dia ni dah lantik diri dia macam hero hindustan laa.. Dulu dia jadi hero masa zaman Pak Mertua dia. Lepastu dia kena belasah dan kalah. Sekarang dia bangkit balik untuk jadi hero. Penonton pun bersoraklah bagai nak giler. Ketika ini KJ perasan dia benar-benar jadi hero.
Semua orang bercakap dan kagum dengan keberanian KJ menyambut pelawaan pembangkang untuk berdebat. Tapi sebenarnya dia lakukan untuk menonjolkan dirinya sendiri dan dia tidak peduli dengan kata-kata Najib, kata-kata Mahyuddin yang debat dengan pembangkang di Malaysia ini adalah sesuatu yang amat sia-sia. KJ nak bagitahu kat semua orang yang dia berani dan dia lebih bagus daripada Najib dan Muhyiddin. Memang itulah yang KJ dapat. Dia disanjung bukan saja oleh pasukan BN tetapi jugak oleh PR. Rakyat mula rasa yang Najib ini manusia pengecut, tidak berani macam KJ. Secara tidak langsung KJ memalukan Perdana Menteri Malaysia! Dia bukan penyelamat, tetapi pengkhianat. Pendebat yang kaki sebat!
Cuba fikir, apakah orang yang pandai berdebat ini adalah pemimpin yang bagus? Kalau bagus berdebat dan bagus jugak menyebat, apa akan jadi dengan rakyat? Pandai bercakap tapi segalanya hanya sekadar kata-kata. Tiada pelaksanaan. Macam Anwar dan PR la. Kalau berdebat memang hebat. Kalau dipentas ceramah semua nak buat. Tapi bila berkuasa, yuran bebudak tadikapun depa tak boleh nak bagi percuma! Itulah contoh pendebat yang baik! Dan KJ akan jadi salah seorang dari pendebat yang hebat seperti Anwar lah nanti. Kalau benar KJ ni pemimpin berjiwa rakyat, dari dulu masa dia di tampuk kuasa dia dah laksanakan banyak benda. Dia pasti dah jadi penasihat yang baik kepada Pak Mertua dia. Semua rakyat jadi marah. Semua rakyat memberontak dan menunjukkan protes di keras undi. Waktu itu letak pokok pakai seluar dalampun dah boleh menang kalau bertanding tiket PR. Mujurlah Allah Maha Berkuasa menyelamatkan bumi Malaysiani dari jatuh ke tangan pembangkang. Allah bagi peluang untuk rakyat Malaysia berfikir dan memilih.
Berhentilah dari memuja KJ. Dia adalah virus yang menyebarkan kumannya tanpa kita sedari. Memuja KJ umpama mengakui kelemahan dan kebodohan diri sendiri. Percaya kepada KJ umpama percaya kepada seorang lanun membaca khutbah Jumaat. Kalau perbandingan yang akak buat ni melampau dan korang nak marah, maka marahla. Ada akak kisah?
yg akak marah sgt dgn KJ ni napa? dia tak layan akak eh??....akak nak ckp apa pasal KJ cakaplah, ada haku kesah?..yg penting dia tetap tall, dark and hensem..I loikeeeee...
ReplyDeleteHahaha.Tergelak aku baca komen atas ni.
ReplyDeletePolitik ni benda licik,salah baca,naya.
Mungkin akak yg ada masalah.. Sudah tanya dikalangan rakan2 akak yg btl sukakan akak? Atau saja dlm keluarga akak sendiri berapa ramai yg sukakan akak? Begitu lah lumrah alam..pasti ada yg suka ada yg tidak. Namun utk menghentam org sesuka hati hanya menampakkan 'Kebodohan dan kekecewaan diri'.
ReplyDeleteJika benar bagai dikata dia adalah 'virus', apa pula diri akak disisi kami yg melawat blog2 ni? Reda dgn segala2 yg berlaku, bersyukur dgn apa yg ada pasti hati menjadi tenang. Walaupun aku bkn org UMNO, tetapi aku mencari kebenaran sebagai sebagai penentu masa depan. Jika dia kini diizinkan Allah menjadi 'hebat', itu adalah ketentuan Allah jua, begitu juga jika sebalik nya..
KJ memang merosak kan malaysia bersama kamaruddin (abg ipar) dan Pak Lah (si bodoh dan hodoh).
ReplyDeletekak jangan tak tahu,dia banyak cybertroopers dia. keje mereka ni promote KJ dlm internet. KJ ni la dulu terhegeh nak kasik passport kat anuwar dan ngorat si izzah tu.
mungkin KJ boleh tipu budak budak. tapi org melayu nampak. dah lah gelap, kulit karat, kalau jalan kat pavillion mesti ingat org nigeria.
kalo ko berani sgt..ko tunjukkan la muke ko kt blog ni.. nak gak aku tgk org yg pandai ckp sgt ni.. nape ko je tak bdebat ngn KJ tu kalu ko rasa teror sgt.
ReplyDeleteBangang punya akak>>
ReplyDeleteAda betulnya apa yang akak tulis.Saya juga dulu mengundi pembangkang untuk pertama kalinya sebab terlampau benci dengan KJ ,Pak Mertua dan geng tingkat empatnya.Pak mertua kaki tidur dan menantu kaki rembat.Betul perjuangan KJ adalah untuk dirinya...tak kan dah lupa cita citanya hendak jadi PM pada usia 40 tahun.MELAYU MEMANG MUDAH LUPA.
ReplyDeleteLebai Bertuah
sekurang2nya akak ni ikhlas bagi pandangan kat blog sendiri bukan mcm org lain, taik pun still kata emas. kalau korang x puas hati korang buat la blog sendiri pastu pungpang pungpang la puas2. ada aku kesah?
ReplyDeletexpat KJ 'punye' letew
ReplyDeleteAKAK..
ReplyDeleteApa la akak ni, pendendam sungguh...KJ tu manusia...ada baik ada buruknya. Harap2 dia sudah berubah dengan apa yang dilalui sejak pak mertua tak lagi PM. Buruk buruk dia..jangan menafikan, pada adik...dia lah KETUA PEMUDA UMNO yang hebat dalam sejarah PEMUDA UMNO. Akak marah??? Adik tak kesah.
ADIK MANJA
Biasa la KJ begitu. Dia bukankah hasil acuan politik Umno Baru, politik Machiavelli. Pemimpin-pemimpin Umno Baru mmg begitu politiknya. Dr M begitu. Anwar begitu. Pak Lah begitu. Najib begitu. Muhyidin begitu. Zahid begitu. Hishamuddin HO begitu. Shafie Apdal lagi la. Rafidah begitu. Sharizat begitu. Mukriz begitu. Takkan mike tak sedar-sedar dari dulu. Mungkin mike juga begitu. Berbeza KJ, mike juga menyorokkan diri dari pengetahuan umum. Mike lebih kurang Najib yang bacul berdepan dengan mentornya, Anwar Ibrahim. Sekurang-kurangnya KJ ke depan mempertahankan dasar-dasar Umno walau pun dasar-dasar itu tak betul lalu membuktikan beliau memang layak menyandang jawatan Ketua Pemuda Umno, malah menteri pun. Sepatutnya, mike bantu beliau mempertahankan Umno/BN, bukan menghentam beliau, agar pengaruh politik Umno/BN tidak terus bungkum. Beginilah: Mike nak gaduh dengan KJ pun janganlah terlalu ghairah melibatkan kami di dlm PR di dalam pergaduhan ko orang. Teruskan pergaduhan ko orang dan kami ucapkan terima kasih kepada mike kerana bertindak saperti ingin menyumbang sedikit sebanyak kepada kejayaan mutlak PR dalam PRU13.
ReplyDelete