'Kita akan terus berbincang. Kita tak tutup buku. Kita tidak akan menyerah kalah. Kita akan tetap laksanakan hukum hudud. Bla bla bla.' Ini ungkapan sebelum pilihanraya. Dan selepas pilihanraya nanti dan ditakdirkan Pakatan memerintah (InsyaAllah tidak), Anwar Ibrahim jadi PM, Hadi dan Guan Eng jadi TPM, akak percaya ungkapan ini jugak yang akan terus kedengaran. 'Kita akan terus berbincang....bla bla bla'. Hukum hudud ke mana, Negara Islam ke mana...
Itulah kualiti pemimpin Pas. Bukan di mata rakyat, tapi di mata rakan Pakatan sendiri yang menganggap Pas adalah parti sekadar untuk mendapatkan tempat di Putrajaya. Punyalah lama bekerjasama dan comolot dengan PKR dan DAP, masih lagi Pas berjuang supaya suara mereka diberi perhatian. Kesian sungguh. Hukum hudud yang kononnya agenda penting Pas tidak pernah jadi agenda utama setiap kali adanya perbincangan antara parti Pakatan Rakyat. Apa nak jadi nasib orang Islam di tangan Pas?
Jadi tak usahlah bergantung harap dengan Pas. Pemimpin Pas adalah orang Melayu yang lemah! Hanya Umno yang mampu menjamin kesucian agama Islam terpelihara di bumi bertuah Malaysia.
No comments:
Post a Comment