Kalau tak faham jangan buat kenyataan yang mengelirukan. Jangan terlalu emo sampai benda betul pun dikatakan tak betul. Jangan fikir awaktu orang alim dan dianggap umpama wali, awak boleh cakap sesuka hati dan mahu semua orang percaya dan terpengaruh. Akak tak nampak apa salahnya Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara. Kat mana yang salah sampai Nik Aziz kata tidak bersetuju dan menuduh Majlis Fatwa bertindak 'sebelah mata' sahaja.
Untuk pengetahuan Nik Aziz, Majlis Fatwa tidak menyatakan bahawa menghadiri perhimpunan Bersih 3.0 sebagai haram. Ada ke Majlis Fatwa sebut haram? Cuba baca balik kenyataan Pengerusinya, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin di SINI
Apa yang disebut ialah 'jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas. Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama. Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah,".
Yang haram dan ditegah dalam Islam ialah:-
1) Merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam
2) Niat menjatuhkan negara dengan penganjuran demonstrasi
3) Orang yang bersetuju ke arah usaha mendatangkan kemudaratan, keresahan, rusuhan sesama kita dan melakukan pertumpahan darah.
Jadi, kalau Nik Aziz memang mempunyai niat untuk melakukan pertumpahan darah semasa Bersih 3.0 hari tu atau Nik Aziz mewartakan 'wajib' untuk rakyat merusuh dan merosakkan harta benda awam, maka tindakan Nik Aziz itu hukumnya haram. Tapi jika Nik Aziz cuma mahu rakyat duduk baik-baik di Stadium untuk menyatakan bantahan terhadap ketidakadilan dalam sistem pilihanraya, maka hukumnya tidak haram. Itu dari segi niat. Jika orang yang Nik Aziz bagi duit poket untuk datang berbas-bas ke Kuala Lumpur tu pulak bertindak liar, merusuh dan merosakkan harta benda awam dan memukul polis, hukumnya adalah haram dan berdosa kepada orang itu. Nik Aziz tak berdosa. Majlis Fatwa tidak men'fatwakan' haram ke atas Nik Aziz.
Kena faham betul-betul keputusan Majlis Fatwa tu. Akak tak nak nanti penyokong pakatan yang taksub dengan Bersih 3.0 menganggap Majlis Fatwa agen kerajaan dan jadi pelacur kepada agama seperti tuduhan yang dibuat oleh rakan blogger pakatan. Akak tak kisahlah kalau Nik Aziz nak menyebelahi Bersih 3.0, tapi perlu berhati-hati apabila membuat kenyataan terbuka seumpama INI
Akak rasa Nik Aziz dah dibutakan mata dan hatinya untuk melihat kebenaran. Mindanya dah tertutup kerana kesombongannya dan hatinya telah tertutup kerana kebencian yang diciptanya sendiri.
Atau barangkali Nik Aziz menjadi biol sebab banyak berkawan dengan penggemar seks bebas kot.....
..Akak punya penjelasan cukup MANTOP dan jelas. Kalau ulama besar macam Nik Aziz tidak faham juga maka susah mau cakap la...
ReplyDeletekalau dia faham pun,dia buat2 tak faham...kalau nak kasi dia faham kita bagi pelempang je...aku personally x pernah menganggap puak ni sebagai ulamak..sori la...they are only politician...a very dirty politicians!!
ReplyDeleteDia ada faham ke? Jika dah buta hati dan akal dek kerana meroyan bersama sheikh anwar al-gohead gostan maa apa jua kebenaran hanya akan nampak macam racun je. Semoga Allah swt segera menyedarkan para ulamak dan cerdik pandai islam. Dengan kecelaruan pendapat dan petelingkahan antara mereka sebenarnya akan meruntuhkan kekuatan dan kesucian Islam. Nauzubillah.
ReplyDelete-poknik nordin
ludah je muka org tua tu... dia plak tutup dua2 mata pada peliwat boleh plak...
ReplyDeleteabg enstek