Tuesday, 22 May 2012

MALAYSIAKINI PROMOSI IRSYAD MANJI!

Bagus sangatla tu.  Malaysiakini yang mesra pembangkang begitu ghairah mempromosikan Irshad Manji.  Siap letak lagi kulit buku tulisan beliau 'Allah, Kebebasan & Cinta'.  Patutnya manusia macam Irshad Manji ni dah tak boleh masuk Malaysia dah.  Pedulilah dengan kebebasan atau hak asasi manusia.  Kalau semua perkara adalah hak asasi, semua yang terjadi adalah ciptaan dan kehendak Allah, maka tak perlulah ada undang-undang.  Tak perlu ada agama pun.  Buat je lah apa suka. 

Irshad Manji kata orang Gay dan Lesbian adalah ciptaan Allah dan tidak harus didiskriminasikan.  Maknanya semua yang dicipta oleh Allah boleh buat apa sahaja. Kalau harini akak pi merompak rumah Anwar, tak patut akak ditangkap sebab akak adalah ciptaan Allah.  Apa yang akak lakukan adalah dengan izin Allah.  Kalau Allah tak izin, dah tentu akak tak berjaya merompak, ye tak? Orang yang membunuh dan merogolpun adalah makhluk ciptaan Allah.  Apakah pihak berkuasa tidak boleh tangkap dan hukum mereka ini atas alasan mereka adalah ciptaan Allah dan tak perlu didiskriminasikan?  Kalau Allah nak ampunkan mereka, itu adalah hak Allah.  Tak ada siapa yang menolak bahawa Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang dan Maha Pengampun.  Tapi segalanya telah tertulis di dalam Al-Quran dan hadis yang wajib dipatuhi oleh semua manusia.

Tolonglah Malaysiakini, janganla nak promosikan Irshad Manji dan golongan LGBT!  Sudah-sudahlah tu...

http://www.malaysiakini.com/news/198641 
 

No comments:

Post a Comment