SAYA rasa kita tidaklah perlu “emo” sangat mengenai kehadiran diplomat Singapura di tunjuk perasaan Bersih pada 28 April lalu. Saya yakin banyak lagi Suruhanjaya dan Kedutaan yang hantar wakil untuk meninjau, memantau dan membuat laporan diplomatik peristiwa itu. Apalah yang hendak dihebohkan sangat, bukankah sejak bertahun-tahun mereka menghantar wakil meninjau, memantau dan membuat laporan mengenai mesyuarat agung Umno, PAS, DAP, PKR dan bermacam-macam kegiatan politik lagi?
Masalahnya ialah ramai orang kita jahil mengenai geopolitik, pertahanan dan perisikan. Yang mereka tahu ialah buat bising mengenai pembelian senjata sehingga satu dunia tahu kekuatan dan kelemahan kita.
No comments:
Post a Comment