Mesti KJ bangga. Bangga dan mendabik dada apabila dirinya dihargai dan dipuji melambung. Seolah-olah mengesahkan bahawa selamanya DS Najib memang salah dan tidak bertimbangrasa kerana enggan melantik dirinya sebagai menteri kabinet. Kini semua orang mula nampak KJ. Dia sudah keluar dari kegelapan yang selama ini membelengu kehidupannya. Begitulah agaknya.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, sahabat baik KJ begitu terbuka mahukan KJ dilantik sebagai Menteri Pengajian Tinggi menggantikan Khaled Nordin. Kata Rafizi: "Saya juga harus memuji rakan saya Saudara Khairy Jamaluddin yang jelas lebih professional dan berilmu dalam hal ini (PTPTN), sewajarnya beliaulah yang dilantik menjadi Menteri Pendidikan Tinggi" katanya di sini.
Wahhh....Sudah terbuka satu ruang buat KJ untuk melangkah setapak ke hadapan dengan atau tanpa BN. Hebat. Apa ada hal....Cayalah KJ.
Akak: Senyum gak la.....
No comments:
Post a Comment