Monday, 11 June 2012

RAFIZI TERJUN DENGAN LEMBU-LEMBUNYA....BIARKAN! BIARKAN!

Apa lagi nak kecoh nie?  Dah tak ada isu dah?  Sudah-sudahla berbalas kata dan kata mengata tu.  Isunya dah selesaipun dan tak payah lagilah nak kecoh.  Isu asalnya PR tak nak PTPTN.  Jadi PTPTN pun sudah ikut kemahuan PR dan bekukan pinjaman baru kat UNICEL.  Pemimpin PR melompat, marah dan tuduh kerajaan memperkotak-katikkan pelajar kerana dendam politik.  Bila UNICEL buat rayuan, PTPTN pun tarik balik pembekuan dan pelajar diberikan semula pinjaman.  Semua orang kian faham yang pelajar dan ibu bapa teramat perlukan PTPTN.  Semua orang kian tahu yang PR setakat bikin janji manis yang beracun.  PR tak mampu nak bagi pendidikan percumapun walau cuma untuk sekolah tadika.  

Yang tak nak PTPTN adalah golongan yang macam Adam Adli, yang malas belajar dan nak guna kolej untuk habiskan masa. Orang macam ini malas nak bekerja dan cari duit sebab nak duit datang dari langit.  Negara akan rugi kalau kita bagi terlalu banyak kesenangan buat orang muda.  Orang muda semakin malas nak pikul tanggungjawab, semakin manja.  Orang dulu-dulu umur 18 tahun dah bekerja keras, cari pendapatan untuk bantu keluarga dan adik-adik yang masih bersekolah.  Bila dah selesa baru sambung belajar sambil bekerja.  Orang dulu sebelum itu pulak, umur 13 tahun dah mula mencari nafkah.  Otak pantas berfikir bagaimana untuk mendaparkan duit. Dan negara kita hebat seperti sekarang sebab orang-orangnya rajin bekerja sejak dari usia yang amat muda lagi.

Sekarang ini kalau bagi pendidikan percuma sehingga usia 22-24 tahun, mereka tak ada keperluan mendesak untuk bayar sebarang pinjaman.  Mereka akan lepak dulu dengan alasan cari kerja yang sesuai dengan jiwa dan gaji yang lumayan.  Dan akhirnya sampai umur hampir 30 tahun baru nak mula bekerja.  Negara kehilangan tenaga kerja 6-10 tahun ketika usia yang amat produktif.

Sudah-sudahlah berpolitik tu Rafizi.  Tak payahlah nak suruh pulak Menteri mintak maaf sebab isu pembekuan PTPTN tu.  Awak tu yang patut mintak maaf sebab meracun pemikiran rakyat dengan janji manis palsu demi kepentingan diri sendiri.  

No comments:

Post a Comment