Monday, 25 June 2012

SIAPA YANG MENGORAT MUSTAFA ALI?? HILANG AKAL KE APA.... X SELERALA BANG!

Bila masa pulak Umno nak mengorat Pas?  Akak kira Datuk Mustafa Ali ni kuat perasan.  Umno buat baik, dia perasan Umno mengorat dia.  Lawakla Tuk!  Umno cuma nak selamatkan orang Pas dari terjerumus ke lembah yang hina, ingin selamatkan akidah orang Pas yang semakin terhapus dek ketaksuban luar biasa kepada tok guru dan amalan songsang dari lahirnya fatwa-fatwa baru yang lain.  Umno dah cukup quota, tak perlu nak kahwin lagi.  Tapi kalau orang-orang Pas sendiri yang datang nak sertai Umno,  Umno sure tak kisah.  Umno perlu selamatkan orang Pas dulu, parti Pas lantak pi la kongsi satu kubur dengan Dap dan Anwar!

Biasalah kan, bila kekasih lama Dap dan Pkr dah mula pinggirkan Pas, maka orang Pas pun cepatlah ditimpa perasaan lalu wujudlah sindrom perasan yang melampau!  Ini kes biasa.  Kasihan Mustafa Ali.  Kasihan Pas!

Cuma akak sedikit heran dengan kenyataan Mustafa Ali.  Kata dia, PAS menentang Umno kerana kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan sejak 54 tahun memerintah.  Umno dan BN penuh dengan ketidakadilan dan rasuah.  Habis sekarang nie Pas bekerjasama dengan Dap dan Pkr tu apa kes?  Parti tu tak amalkan rasuah ke?  Tak zalim ke?  Husam Musa yang mewakili Pas pulak macammana?  Gila!!

No comments:

Post a Comment