Monday, 4 June 2012

JIKA PR MEMERINTAH.....MALAPETAKA 7 KETURUNAN ORANG PAS!!

Pas nampaknya beriya-iya sungguh untuk meneruskan kerjasama dengan Pkr dan Dap untuk menawan Putrajaya.  Bagi orang Pas, menewaskan Umno adalah satu matlamat dan kesempurnaan perjuangan.  Umpama mendapat pahala yang maha besar jika Umno tersungkur. Tapi apakah orang Pas sedar apa yang mereka lakukan?  

Sebenarnya orang Umno tidak begitu tertekan jika BN tumbang.  Orang Umno telah bersedia zahir dan batin.  Dari segi ekonomi, orang Umno jauh lebih bersedia berbanding orang Pas.  Bukan akak nak kata yang orang Umno ni kaya-kaya belaka, tetapi majoritinya sederhana dan cukup bersedia.  Orang Pas masih ramai yang terpinggir.  Mereka memilih Pas juga kerana mereka adalah golongan yang gagal dalam persaingan.  Memilih Pas bagai satu pelarian dari masalah yang selama ini membelengu kehidupan.  Pas membuatkan mereka terasa kuat sedangkan mereka tidak punya apa-apa.  Menjatuhkan Umno adalah satu bentuk kekuatan kepada mereka dan semangat itulah yang kerap ditiupkan ke sanubari mereka.  Mereka digambarkan sebagai panglima di medan perang yang dibekalkan dengan kekuatan secara zahiriah.  Mereka lambang beburung kakak tua dari sudut tindakan.  Mereka bakal meraikan kemenangan dengan sorakan tanpa sedar negara dan maruah Melayu dan Islam akan tergadai.

Pengikut Pas sebenarnya yang akan rugi.  Melihat negeri Kelantan sebagai satu bukti yang nyata.  Bayangkan jika Malaysia ini jadi seperti Kelantan?  Orang Kelantan sendiri keluar dari negeri Kelantan mencari rezeki.  Dan apakah jika Malaysia jadi seperti Kelantan, rakyat negara ini perlu lari ke Indonesia mencari rezeki?  Bunyinya terlalu kasar, kejam dan keterlaluan.  Tetapi kepemimpinan Pas itu sendiri tidak pernah meletakkan pembangunan itu satu keperluan.  Bagi mereka miskin itu tidak salah.  Susah itu satu ujian bagi mendekatkan diri dengan Allah.  Apa masalahnya air keruh jika air itu bersih dan boleh digunakan untuk mengambil wuduk?  Betul?  Apa masalahnya jika tidak ada lebuhraya?  Orang masih boleh pergi balik ke Kelantan walaupun ambil masa yang lama.  Perjalanan yang lama boleh disertakan dengan zikir dan itu menambahkan pahala.  Jadi perlukah disegerakan membuat lebuhraya?  Itu sekadar mengambil contoh sebahagian dari konsep hidup dan kehidupan yang semat di dalam hati orang Melayu Pas. 

Tetapi Malaysia menjadi seperti Kelantan itu tidak akan berlaku.  Percayalah.  Pkr dan Dap tidak akan mengizinkan Malaysia menjadi seperti Kelantan.  Tanpa projek pembangunan, kengkawan mereka tidak dapat cari makan.  Baiklah, barangkali tidak berlakunya rasuah sekalipun itu suatu yang tidak mungkin berlaku.  Tidak mengapa, kita katakan saja kerajaan PR yang akan datang tidak mengamalkan rasuah dan rakyat perlu bersaing secara sihat.  Tanya ke dalam diri orang Melayu Pas, apakah mereka sudah bersedia?  Projek jutaan atau bilion ringgit, mampukah ditangani mereka.  Sekaya atau sehebat manakah kekuatan RM syarikat-syarikat Melayu?  Melayu yang kaya-raya sekarang ini kebanyakannya dicanang sebagai kroni Umno dan pasti bakal dipinggirkan.  Ketika itu apakah masih wujud badan-badan kerajaan seperti sekarang yang memberikan kemudahan pinjaman kepada Melayu dan bumiputera?  Apakah Dap mengizinkan orang Melayu dan bumiputera diberi keistimewaan? 

Pengikut Pas hanya terperangkap dalam kebahagian menunggu mati, sebab syurga yang telah dijanjikan.  Bersyukur kerana dapat menumbangkan parti Umno yang dituduh zalim.  Segala kedaifan ketika itu ditelan sehaja kerana dunia tidak lagi penting bagi mereka.  Barangkali masih tidak apa, kerana mereka bakal mati dan bakal masuk 'syurga' jaminan Pas.  Namun apa akan jadi dengan anak cucu mereka nanti yang akan hidup 10 tahun dan 100 tahun akan datang?

Dan tidak keterlaluan jika dikatakan, kerana itu jugaklah Felda disenaraikan.  Biar orang Melayu Felda boleh mendapat duit di masa sekarang dan menyimpan.  Supaya Felda tidak diperkotakkatikkan oleh Dap sekiranya BN tumbang.  Felda tidak dapat diusik lagi kerana dia telah berada di pasaran terbuka. Orang Felda akan lebih bersedia dan terpelihara.  Ada kekuatan ekonomi di situ dan boleh bergerak ke hadapan menghadapi cabaran sekiranya tanah dan kebun mereka tergadai di bwah pentadbiran baru Pakatan Haram!

Orang Cina telah lama bersedia.  Di bawah pemerintahan Umno dan BN, mereka tidak tergugat sedikitpun kerana kekuatan ekonomi mereka.  Mereka mampu mengawal orang kaya Melayu yang hidup mewah bersandarkan duit rasuah.  Dan orang-orang Melayu inilah yang kini di bawah telunjuk mereka dan berjuang menentang Umno dan BN.  Orang Cina perlukan kuasa untuk menambahkan kekayaan yang sedia ada dan memberi peluang bangsa mereka menguasai ekonomi.  Kerana itu orang Melayu Pas tidak akan mendapat apa-apa sekiranya PR memerintah.  Pemimpin Pas tidak berani menghadapi pemimpin Dap dan Pkr.  Mereka akan selamanya patuh dan tunduk seperti kura-kura yang akan menyorokkan kepalanya bila disergah.  Tunjukkan kepada akak di mana dan ketikanya Dap mengikut telunjuk Pas berbanding Pas mengikut gerak tari Dap?  

Jadi berhati-hatilah jika ingin menumbangkan Umno.  Menumbangkan Umno bukan satu kejayaan dunia dan akhirat sebaliknya satu malapetaka yang bakal menjadi kutukan anak cucu 7 keturunan!                  

5 comments:

  1. Anonymous12:24:00

    Jika Pakatan Rakyat memerintah akan berlaku malapetaka dan bencana yang dahsyat kepada orang melayu. Orang melayu akan merempat dan menjadi hamba di negara sendiri

    ReplyDelete
  2. Anonymous14:05:00

    Sekarang ni pun orang melayu dah jadi hamba cuma belum merempat je lagi. Kalau pakatan pegang, mula2 tukar jadi republic. Yang kaya dan kuat pengaruh akan jadi presiden. Anwar hanya batu loncatan, jangan harap nak jadi apa2 pun. Dia akan dikuis macam kudis sahaja. Lepas tu negara akan terus bergolak. Yang lemah akan terus ditindas. Penghijrahan akan berlaku tapi bukan di negara jiran, mungkin Australia, NZ, UK atau Europe sebab jadi kuli pun masih boleh hidup di sana.

    ReplyDelete
  3. Anonymous22:25:00

    saya setuju dgn akak bahawa org sokong PAS adalah yg telah gagal dlm persaingan hidup. Saya liht kes tpencil keluarga saya, kami dibesarkan secara sederhana. 2 org bekerjaya dan seorang gagal dlm pelajaran dan tidak kekal bkerja (ibubapa kami telah berusaha utk dia teruskan pelajaran). Dia menjadi penyokong PAS totok akhirnya.

    ReplyDelete
  4. Hello mate great bloog post

    ReplyDelete
  5. Thanks for writing this

    ReplyDelete