Thursday, 29 December 2011

AZIZ BARI BIKIN HASSAN ALI PANASSS!!

Baru je Hassan Ali berlembut dengan menarik balik kritikannya terhadap konsep negara berkebajikan, tetiba dia dikejutkan dengan berita permaidani hijau yang dihamparkan buat Aziz Bari untuk menyertai Pas!  Walaupun Aziz Bari masih tidak ada kata putus tapi Hassan Ali tetap merasakan bahang panasnya.  Mana taknya, dalam temuramah yang disiarkan di TV3, Hassan Ali begitu konsisten mempertahan 3R iaitu Religion, Race dan Royal.  Hassan Ali sanggup dibuang dari Pas jika Pas membelakangkan ke tiga-tiga perkara tu.  Memang Hassan Ali hampir saja ditendang keluar dari Pas. Orang yang kuat sangat nak menendang Hassan Ali termasuklah Mustafa Ali dan Mahfuz Omar.   Mujurlah jodoh Hassan Ali dengan Pas masih panjang bila Nik Aziz tampil merayu.  

Tapi bila Aziz Bari yang bakal jadi pengganggur Januari nanti dipelawa menyertai Pas, Hassan Ali panas la balik.  Mana tak panas, Hassan Ali yang duk cuba pertahankan raja-raja Melayu telah ditunjukkan pintu keluar oleh pemimpin-pemimpin kanan Pas, tapi Aziz Bari yang kurang ajar dengan raja dan melawan sistem beraja tetiba dijemput dengan tinta emas dan hamparan permaidani, mestilah Hassan Ali hangin satu badan!  Nik Aziz cuba bawak perdamaian tapi orang macam Mahfuz memang tak akan lari dari sikap dendamnya.  Dalam kes Hassan Ali, begitu cepat Mahfuz buat pertimbangan yang Hassan Ali melancarkan perang terhadap Pas hanya sebab Hassan Ali mempertikaikan negara berkebajikan yang dianuti oleh Pas masakini.  macam besar sangat dosa Hassan Ali.  Macamlah konsep negara berkebajikan itu adalah sebuah Quran yang tidak boleh dipertikaikan.  

Mahfuz sengaja nak bagi Hassan Ali sakit hati.  Mahfuz nak kasitahu kat hassan Ali yang Aziz Bari sejuta kali lebih berharga dari Hassan Ali.  Setakat pengaruh Hassan Ali yang tak seberapa tu mana mungkin mengalahkan pengaruh Aziz Bari yang telah mencetuskan Azizbarisme, kononnya. 

Memang kotor permainan politik orang-orang yang kononnya menegakkan Islamni.  Selama ini rakyat tertipu dengan balutan serban orang-orang Pas.  Rakyat duk ingat orang Pas adalah orang yang penyabar, suka perdamaian, suka kepada kebaikan dan segala yang indah-indah belaka.  Tapi rakyat tak pernah tahu disebalik lilitan serban tu ada tanduk syaitan yang cuba disembunyikan.  Tu pasal la, lagi tinggi serban sebenarnya lagi tinggila tanduk yang depa duk cuba sembunyi.     

No comments:

Post a Comment