Pehh! Ganas siot! Mahasiswa cabar kerajaan dan mahasiswa desak Najib jawab isu Felda! Hey mahasiswa, lu sapa?? Duit korang dah banyak ke membantu negara? Berapa ringgit korang bayar cukai kat kerajaan? Zakat fitrahpun mak ayah masih bayar, lagi nak cakap pasal negara, pasal Felda. Input mana korang dapat? Dari orang yang bakal masuk penjara? Dari pembela si peliwat? Atau dari pemusnah bangsa Melayu yang menagih kuasa di bumi Melayu ni?
Bebulu tengkok akak ni bila Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Akram Ikrami Taib Azamudden mahu PM Malaysia jawab isu Felda. Menggeletar agaknya Najib sampai tak tidur malam bila mahasiswa tanya macamtu. Mahu letak jawatan Najib ni, akak rasa.
Ni akak nak kasi habaq kat adik2 mahasiswa semua yang kononnya tahu banyak perkara sangatni....Dari hangpa duk tanya PM dan sibuk2 hal Felda, baik hangpa pi tanya bekas mahasiswa bila lagi nak bayar hutang pinjaman, tanya jugak yang tak habis belajar dan kahwin dengan gay tu, bila nak bayar Petronas, bincang dengan rakan semahasiswa lain macammana perancangan yang lebih baik untuk bayar balik pinjaman pelajaran. Pinjaman tu datangnya dari duit rakyat jugak dik oii. Korang duk melalak sekarang kononnya nak selamatkan negara dari jadi bangkrap, tapi berbilion duit pinjaman yang korang guna masa belajar, tak pulak korang fikir ye? Cuba angkat sepanduk dan berarak mendesak pemimjamni bayar hutang, kan lebih baik. Sebabnya duit yang bekas mahasiswatu guna dan masih tak bayar akan menjejaskan pinjaman mahasiswa akan datang. Setakat nak kebebasan bersuara dan berpolitik, tunggu je lah habis belajar nanti, atau lebih tepat, tunggu sampai habis bayar balik pinjaman pelajaran. Kalau nak berdemo, nak berarak kat jalanrayani, Anwar dan geng2 lain boleh buat. Tak payah korang buang masa pulak nak buat. Korang jaga kebajikan dan pendidikan korang dan bakal-bakal mahasiswa akan datang. Lain-lain tu serah je pada pembangkang PKR, PAS, DAP sebab memang tugas depa tu membangkang, tugas mahasiswa belajar.
Hari tu akak bawak anak pergi zoo. Suara ungka kat zoo tu cam sama jer ngan suara mahsiswa yang duk melalak kat jalanraya tu....Kenapa ek??
bagusx bagi depa tau yang depa sedang berhutang dgn kerajaan dan tak tau bila dapat bayar .ini tak sedar diuntung .
ReplyDelete