Tuesday, 20 December 2011

LEMAHNYA UMNO!

Hampir setiap hari Haramkahdaily memaparkan muka Tuan Ibrahim Tuan Man yang toya tu. Dan setiap hari jugak Tuan Ibrahim Tuan Man membawa isu yang meloyakan. Nampak sangat Ketua Penerangan Pas Pusat ni bengang bila suara rakyat diberi perhatian dek kerajaan. Lalu disifatkannya UMNO berada dalam kedudukan yang lemah bila mengamalkan sikap flip-flopni.  Akak tak nampak sikap mendengar suara rakyat dan mengubah sebarang polisi dianggap lemah.  Sebaliknya sikap itulah memperlihatkan keprihatinan kerajaan dan menjauhkan dari dilabel sebagai pemerintahan kuku besi, kejam dan lain-lain lagi.  

Tuan Ibrahim duk bengang pasai isu novel Interlok yang ditarik balik oleh kerajaan setelah mendapat bantahan demi bantahan dari masyarakat India.  Tuan Ibrahim cukup bimbang jika kaum India menyokong kerajaan.  Dia nak kaum India sokong PR.  Dia dah rancang nak mainkan isu novel Interlok tu dalam kempen pilihanraya akan datang.  Tapi nampaknya Tuan Ibrahim kena carilah isu lain pulak bagi meraih sokongan kaum India.  Sama jugak dengan kes pembelajaran bahasa Inggeris bagi subjek Sains dan Matematik.  Kalau majoriti menyokong, kenapa pulak kerajaan nak ikut kata minoriti.      

Dahlah Tuan Ibrahim... Kerajaan setakat flip-flop dalam dasar yang sebegini je, yang hang punya PAS tu flip-flop dalam hal Islam.  Sekejap negara Islam, sekejap negara kebajikan, sekejap nak laksanakan hudud, sekejap nak tangguh, sekejap sokong Hassan Ali dalam isu murtad, sekejap bangkang.  Mengaku je lah yang parti Pas hang tu yang dah lemah, yang dah berpecah.  Yang dasar Islamnya berpandukan buku jinggay.  Itulah Pas, parti flop kebanggaan Tuan Ibrahim Tuan Man toya!

 

No comments:

Post a Comment