Thursday, 22 December 2011

RAHSIA BEKAS KETUA POLIS NEGARA DIDEDAHKAN!!

Patutlah kejadian jenayah berleluasa dan rampasan dadah hampir setiap hari berlaku.  Mustahil pengedar dadah tidak tahu bagaimana ketatnya kawalan keselamatan di pintu masuk Malaysia dan hukuman mati mandatori yang dikenakan bagi pengedar dadah.  Itupun tidak cukup menakutkan si pengedar.  Kenapa?  Segala-galanya mempunyai kaitan dengan bekas Ketua Polis Negara!!!  Memang tidak ada yang menyangka.  Watak baik dan tegas yang dipamerkan hanya lakonan semata-mata.  Dadah yang dirampas bernilai jutaan ringgit tidak dimusnahkan sebaliknya diserahkan kepada satu sindiket pengedar dadah yang didalangi oleh bekas Ketua Polis Negara ini!  Perkara ini didedahkan oleh salah seorang 'Orang dalam' yang sekian lama mengesyaki perkara ini.  'Orang dalam' ini merasakan apabila Ketua Polis Negara baru dilantik, semuanya akan berakhir.  Dan segalanya akan terdedah.  Namun telahan beliau menyimpang jauh!  Rupanya Ketua Polis Negara yang baru telah dibayar untuk menutup mulut dan lebih memeranjatkan apabila keluarganya menjadi taruhan!!  Kini 'Orang dalam' tidak sanggup lagi berdiam diri.  Dia akan bertindak.  Tapi mampukah dia bertindak sendirian?  Apakah nanti 'orang dalam' ini akan mati sebelum sempat dia memperlihatkan segala bukti-bukti yang ada????  Segalanya terjawap dalam filem terbaru akak yang akan masuk ke pawagam tahun depan!

Agak-agak boleh lepas ke filem terbaru akak ni?  Kalau ikut peraturan dulu memang Lembaga Penapisan Filem akan haramkan.  Tapi bermula tahun depan semua penggiat filem akan menapis filem yang akan dikeluarkannya dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya terhadap filem itu sama ada baik atau buruk.  Ini yang dikatakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam.  Dasar terbuka ini dibuat kononnya untuk memajukan lagi industri filem yang menelan perbelanjaan yang tinggi.  Mulai tahun depan Kementerian Dalam Negeri serta agensi berkaitan di bawahnya hanya akan bertindak sebagai penasihat dan pemerhati kepada industri filem. Bagaimanapun, notis peringatan daripada kementerian, bahagian kawalan filem, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Lembaga Penapisan Filem (LPF) akan dipaparkan pada skrin semasa penayangan filem itu untuk memaklumkan filem itu ada unsur khurafat, seks atau sebagainya.  Macam tu je.

Pada akak, memang ada baiknya, tapi banyak buruknya jugak.  Nak buat apa duk dengar permintaan dari pembikin-pembikin filem tu?  Depa memang nak raih keuntungan.  Depa tak pedulipun tentang penonton, tentang pengaruh buruk dari filem tu.  Kenapa nak cakap pasal memajukan Industri filem.  Sekarangni pun dengan tapisan yang dibuat, banyak filem yang mengaut keuntungan melebihi 5 juta ringgit.  Tak untung lagi ke?   Tak payahpun nak letak tahyul yang melampau, seks yang terlampau atau sebarang propaganda dan hasutan.  Laku jugak.  Yang penting adalah kreativiti penulis layar dan pengarah yang terlibat disamping pelakon yang mantap.  

Akak bimbang nanti akan ramai pembikin filem seumpama Namewee yang menguasai pawagam.  Dan akan banyak filem berunsur hasutan untuk membenci kerajaan, untuk menghina raja-raja Melayu, menanam rasa ketidakpercayaan kepada pasukan keselamatan negara, mencetuskan semangat perkauman dan lain-lain.  Keterbukaan itu wajar, tapi perlu ada tapisan, perlu ada batasan.  Malaysia perlu mengekalkan apa yang telah dilakukan sebelum ini.

Memang tidak dinafikan yang rakyat Malaysiani bijak dan boleh membezakan baik dan buruk.  Penapisan dan kawalan yang dibuat seolah memperbodohkan rakyat.  Tapi yang perasan bijak itulah yang bodoh.  Kalau tidak mustahil mahasiswa yang kononnya cerdik boleh menurunkan bendera.  Kalau semua rakyat Malaysia ni bijak pandai, mustahillah mereka terpengaruh dengan Anwar Ibrahim.  Kalau semua rakyat disangka hebat, mustahillah ramai lagi yang menjadi keldai dadah, keldai politik dan sebagainya....

Akak harap Kementerian Dalam Negeri akan kaji semula peraturan tu......Dan harapnya akak tersilap faham dengan berita yang diperturunkan oleh Mkini....http://www.malaysiakini.com/news/184747 

4 comments:

  1. Anonymous12:58:00

    hik hik hik... terkedu tengok tajuk... terus masuk nak baca... mangkuk hayun, sinopsis cerita filem yer kak... sebab setahu aku TS Musa tu sangat berintegriti dan berdisiplin tinggi orangnya....

    gempak-gempak, tapi memang setuju dengan akak, patut sangat dikaji semula, cukuplah hanya 1 amerika dan ideologi 'freedom' doran tu, takyah import ke Malaysia, sape2 yang kemaruk sangat nak join gilah tempat dorang, hijrah terus!

    ReplyDelete
  2. Anonymous14:05:00

    akak buat skrip lah...best situ sinopsis, buat aku tergerak nak gi tgk wayang...hahaha..

    ReplyDelete
  3. Dik Non 14:05
    Nantilah akak blajar wat skrip. Klau blh lepas skrip cam kt atas tu, byk lagi skrip merepek akak nak buat. Agak2 nak suh Adam Adli jadi hero boleh tak?

    ReplyDelete
  4. & suruh namwee jadi pengarahnya.. baru ada kelasss..

    ReplyDelete