Mesti Anwar bengang giler ni. Mana boleh orang muda tak sokong Anwar sedangkan Anwar dah buat macam-macam kat orang muda. Dah menari dah menyanyi dah berkaraoke. Bertwitter sepanjang masa. Apa lagi yang orang muda nak? Liwat budak muda pun sudah! Payah nak percaya.
Tapi itulah hakikatnya. Menurut institut kajian Zentrum Future Studies, BN mendahului PR dalam saingan mendapatkan sokongan golongan muda. Aura DS Najib lebih menarik minat golongan muda. Melihat DS Najib menonton bola bersama anak muda lebih memberahikan dari melihat Anwar terkinja-kinja menyanyi Lagu Untuk Azizah. Lagu yang dinyanyikan Anwar dah tak relevan dengan orang muda sama macam ucapan yang dibuatnya di dalam pelbagai ceramah. Ceritanya lebih kepada cerita sedih, cerita sejarah silamnya berbanding cerita gembira dan cerita gemilang masa hadapan yang disampaikan oleh DS Najib. Jadi tak hairanlah kalau orang muda semakin menyokong kepimpinan DS Najib dan menolak Anwar dan Pakatan Pembangkang.
Semalam akak jumpa rakan Cina yang masih muda. Lelaki. Dia cukup bimbang kalau berlaku perubahan pada politik Malaysia. Bagi dia yang menjalankan bisnes, perubahan politik akan menyukarkan perjalanan bisnes. Segalanya berhubungkait. Kalau PR memerintah, kacau bilau akan berlaku. Pelbagai sistem akan bertukar. Segalanya bagai terhenti dalam satu tempoh yang panjang. Sekurang-kurangnya 6 bulan. Itupun kalau segalanya berjalan dengan baik. Belum ambik kira percakaran menentukan siapa Perdana Menteri dan barisan menteri kabinet. Dan menteri baru yang dapat kuasa itu pulak akan buat pelbagai polisi dan mula menyenaraikan kroninya untuk mendapatkan projek. Memang kawan Cina akak tu risau. Dia kata dia suka jugak DAP tapi dia tak nak Pakatan Rakyat memerintah. Dia nak BN terus memerintah seperti sekarang.
Kesimpulannya: BN akan memang! Tapi jangan terlalu yakin. Banyak lagi fitnah yang bakal ditaburkan oleh Anwar dan PR dan mana tahu kalau ada di antara fitnah itu benar-benar menyakinkan rakyat di saat-saat akhir. Segalanya mungkin.....
No comments:
Post a Comment