Kenapa boleh jadi lagu ni? Memang cinta itu buta. Kalau dulu orang kata 'demi cinta sanggup mati bersama'. Tapi untuk kes ni lain pulak. Demi cinta sanggup ke penjara bersama! Hebat! Dari dulu sampai sekarang akak kagum dengan semangat ke'bersamaan' Azmin dan Anwar. Wan Azizah sendiri selaku isteripun tak sanggup nak ke penjara bersama suami anugerah Tuhannya tu. Setakat melawat ke penjara sesekali tu bolehla. Tapi Azmin sanggup. Terharu sungguh akak.
Bila Anwar dah dekat-dekat nak menghidu bau penjara Sungai Buloh, Azmin sengaja cari pasal supaya diapun disumbat sama ke penjara. Kata-kata ala 'penyerang berani mati' yang dibuatnya di Kongres nasional PKR di Johor hari tu demi mempertahankan Anwar telah membuatkan Azmin diminta oleh pihak polis memberi keterangan. Mata taknya, Azmin mahu merobohkan tembok penjara kalau Anwar di penjara. Cuma yang akak pelik sikit tu, Azmin buat-buat hairan pulak bila pihak polis nak ambik tindakan. Dia buat-buat amnesia pulak. Tak tahu apa salah dia, ucapan yang mana yang membuatkan dia menarik perhatian polis. Kelakar la mamat ni.
No comments:
Post a Comment