Saturday, 24 December 2011

KHABARNYA PKR NAK BUBAR. . . BENARKAH?

Pakatan menuju kehancuran. Segalanya tidak kena. Pergaduhan terjadi di semua peringkat dan disemua komponen pakatan. Hampir setiap hari rakyat disajikan dengan cerita2 pergaduhan sesama mereka.

Memang padan muka depa. Tu semua sebab permainan politik kotor depa sendiri yang akhirnya memakan diri sendiri. DAPig kecoh dengan isu Karpal dan Ramasamy. PAS sibuk dengan kes Hassan Ali, Nasha, Mustafa Ali, Mahfuz dan 2 puak yang cuba menonjolkan diri masing2. PKR pulak memang dah lama tak relevan. Yang nampak bekerja keras cuma Anwar Ibrahim. Itupun bukan kerana PKR, tapi lebih untuk diri sendiri. Anwar sibuk mengumpulkan budak2 muda termasuk pelajar untuk melakukan rusuhan di jalanan sempena hari penting 9 januari nanti.

PKR khabarnya tak bersetuju dengan konsep ABU (Asal Bukan Umno) dan nak gantikan ABU dengan MTU (Malaysia Tanpa Umno). Sebahagian ahli PKR katanya naik loya dengan ABU sebab ABU ni yang lahirkan ABA (Asal Bukan Azmin). Ni semua akibat dari trauma ketika pemilihan PKR dulu. Masa tu ABA jadi mutual conscience sebahagian besar ahli PKR termasuklah Wan Azizah dan Nurul Izzah. Tapi umum dah tahupun akhirnya Azmin yang menang akibat permainan kotor Anwar Ibrahim sendiri yang tidak mungkin hidup tanpa jambunya yang setia ni.

Pasal kempenpun tak ada kesepakatan. Lagi mahu cerita pasal nak tawan Putrajaya. Kelakar lah depa ni semua kan? Kan? Orang PKR pun ramai yang tak nak Anwar jadi PM malah mengalu-ngalukan Anwar disumbat kat dalam penjara. Depani semua hipokrit. Menipu rakyat dengan cerita2 karut dan membesar-besarkan kesalahan seorang dua pemimpin Umno bagi meraih perhatian. Tapi rakyat bukan bangang cam depa. Rakyat bukan tengok sorang dua tapi tengok secara keseluruhan. Rakyat nampak perpaduan dan toleransi dalam BN. Rakyat nampak halatuju yang jelas dalam BN. Sedangkan puak pakatan cuma nampak Anwar sedangkan rakyat tidak sekadar melihat Anwar seorang tapi ketidaksepakatan dalam pakatan rakyat.

Rasanya tidak terlambat untuk akak ucapkan selamat 'meninggal' kat pakatan rakyat. Kepada pengundi atas pagar, kepada pengundi di laman PKR, undilah Barisan Nasional. Tak ada apa-apa dalam rumah pakatan sekalipun papan tanda di luar rumah nampak indah.

Akak melihat PRU ke 13 bukan ibu segala PRU tapi umpama raksaksa melawan semut merah yang gatal lagi menggatalkan. PM saja nak bagi pemimpin pakatan perasan je. Dan memang tepat, pemimpin pakatan perasan habis yang depa akan menang dan ini membuatkan masing-masing berbunuhan untuk melangkah ke putrajaya! Kesiannya..

1 comment:

  1. Kami Bersedia16:43:00

    Kebanyakan kami yang muda yang tua, lelaki dan wanita dah lama tahu.

    Pakatan terlalu riak dan angkuh seolah2 kemenangan pada 2008 akan melenyapkan UMNO/BN dari bumi Malaysia. Mereka silap.

    Dalam diam BN mengumpul kekuatan. Kekutan itu akan diterjemahkan pada PRU13 nanti.

    Biarlah mereka bersukaria dengan sedetik masa untuk memerintah. Sekurang2nya kita tahu setakat mana kemampuan dan kebijaksanaan mereka mentadbir.

    Masih ditahap lama penuh dengan ceramah kosong, menyalahkan orang umpama tikus membaiki labu, fitnah tanpa bukti memecah belahkan perpaduan kaum hanya untuk melepas pucuk masing2 itulah yang telah mereka terjemah kepada rakyat Malaysia.

    Silap hanya sekali tidak berkali-kali.

    ReplyDelete