Friday, 9 December 2011

TANPA UMNO, SIAPALAH MCA DAN MIC!!


Penat otak akak duk fikir.  Kenapa UMNO?  Kenapa mesti nak tumbangkan Umno dan kenapa bukan MCA, MIC atau BN?  Kenapa kempennya ABU (Asalkan Bukan Umno)?  Kenapa tidak ABUMM?  Walaupun kemudiannya ditulis 'Asalkan Bukan Umno BN', tetapi tujuannya memang jelas.  Untuk menyeru rakyat supaya tidak mengundi Umno!  Undilah parti apapun tak apa asal saja bukan Umno.

Apakah orang Melayu PKR dan PAS ditugaskan oleh DAP supaya memusnahkan UMNO sahaja dan mengekalkan MCA dan MIC?  Atau apakah MCA dan MIC merupakan gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut atau si Kitol yang bergerak dari dalam untuk merobohkan penguasaan politik dan kepimpinan Melayu?

Kempen menumbangkan Umno dalam PRU ke 13 yang bakal datang sedang dilakukan.  Sidang media pelancaran ABU diadakan hari ini di seluruh negara secara serentak.  Akak tak rasa kempen ni berjaya, cuma akak duk tertanya-tanya kenapa depa ni nak tumbangkan Umno sahaja.  Kenapa takut sangat kat Umno?  Bukan pembangkang duk kata yang Umno ni dah nazak ke?  Dah terancam dan dah ditolak dek orang Melayu?  Kalau dah macamtu kenapa susah payah buat kempen ABU?   

Sebenarnya pembangkangni takut sangat dekat Umno.  Melihat kejayaan dan kehadiran ribuan ahli dan orang Umno di PWTC hari tu betul-betul menggerunkan lawan.  Gendang perang yang dipalu DS Najib haritu disambut dengan penuh bersemangat.  PKR dah terasa yang diri mereka terlalu kerdil di tengah-tengah lautan penyokong Umno.  CheguBard dah terkencing malam sebab takut.  Jadi dia arahkan geng-geng SAMM dan beberapa kerat lagi kengkawan dia untuk buat kempen ABU.  Konon buat seluruh negara untuk nampakkan kehebatan depa.  Tapi kita dah tahu cara kerja depa ni.  Sebab ada beberapa puluh orang je yang menyokong, dengan buat di beberapa lokasi, nampaklah macam banyak, macam gah.  Temberang je pandai!!

Cuma akak nak sentuh jugak pasal parti komponen BN yang nak berjuang ni.  Apasal Umno begitu dominan sekali dan begitu ditakuti.  Mana taring MCA, mana taring MIC? Atau mungkinkah UMNO terlalu kuat sehingga parti komponen lain dilihat terlalu lemah dan tak menyengat langsung.  Tak ada siapa yang bimbang pasal MIC dan MCA.  Tak ada pulak kempen nak tumbangkan depa.  Kalau ini yang berlaku MCA dan MIC perlu bertindak, perlu pantas meraih undi masyarakat Cina dan India.    

Ehhh...Gerakan kat mana pulak?  GERAKAN tu parti mana ek?  Tak perasan pulak akak...   

No comments:

Post a Comment