Wednesday 9 May 2012

ADA GAK BODOHNYA SI MARINA MAHATHIR NI...

Bila baca tulisan Marina anak Tun Mahathir akak ingatkan pasti ada sesuatu yang boleh dipelajari. Tapi rupanya tidak. Marina semakin merapu dan berfikiran keliru. Dalam tulisan terbarunya, Marina mengungkit kembali kisah pemberontakan yang berlaku di Mesir pada Januari 2011. Kata Marina, kerajaan memanggil pulang lebih 11000 pelajar yang menuntut di Mesir sebab bimbang pelajar ini akan belajar sesuatu dari pemberontakan itu. Kata Marina lagi pelajar Malaysia di sana tidak punya masalah dengan pemberontak dan tidak perlu pulangpun ke Malaysia.

Wahai anak bekas Perdana Menteri, biar akak, anak bekas penoreh getah ni nak bagitahu sikit: Kerajaan panggil balik kesemua pelajartu sebab bimbangkan keselamatan dia orang. Mak bapak dia orang kat sinipun dah mintak kerajaan bantu bawak anak keluar dari Mesir. Sebahagian dari pelajar di sanapun ada pelbagai masalah keselamatan. Memang dia orang tidak punya masalah dengan pemberontak, tapi rumah dia orang banyak yang diceroboh oleh penjenayah untuk mencuri dan merompak. Keadaan kelam kabut masatu membuatkan pihak polis tidak mampu mengawal penjenayah lain yang mengambil kesempatan. Pelajar takut untuk keluar dari rumah penginapan. Bekalan makananpun semakin berkurang sebab banyak kedai yang tutup waktu tu. Nak keluar rumahpun takut. Ramai yang menghubungi keluarga dan kedutaan menyatakan kebimbangan dan ketakutan. Sebab itu kerajaan pantas bertindak menyelamatkan mereka.

Masa pelajar Malaysia balik tu semua pihak baik kerajaan mahupun pembangkang berterima kasih sebab kerajaan tanggung semua pembelanjaan. Kerajaan negeri pakatanpun bersama2 membantu jugak memberi duit tambang kembali semula ke Mesir dan ada yang beri duit poket kepada pelajar tu semua. Masatu tak ada pulak Marina atau Anwar dan pembangkang kata jangan bawa pelajar kita balik. Tak ada pulak dengar Marina atau pembangkang kata pemimpin BN takut pelajar di Mesir belajar cara memberontak dan sebab itu bawa balik semua. Ada? Tak ada! Tapi bila Bersih dibuat tetiba pulak Marina dan pembangkang dapat idea untuk menyalahkan kerajaan dan seterusnya menanamkan persepsi buruk kepada rakyat terhadap tindakan kerajaan bawak balik pelajar. Adil ke macamtu? Kalau haritu kerajaan tak bawak keluar pelajar di Mesir dan ada pelajar yang mati, dah tentu2 pihak pembangkang tak cukup mulut nak mengata. Ini semua permainan manusia yang jahat hati perut.

Dalam tulisan Marina, sahabat baik Ambiga dan penyokong kuat LGBT ni lagi, kalau Malaysia bukan seperti Mesir dan Najib bukan Mubarak, kenapa pulak kerajaan layan peserta Bersih 3.0 macam pemberontak di Mesir? Ni akak nak jawap gak: Siapa pulak yang samakan Malaysia dengan Mesir? Yang selalu mengapi-apikan rakyat ialah Anwar Ibrahim tentang Arab Spring dan menyakinkan para penyokongnya kejadian itu boleh berlaku di Malaysia. Rakyat akan bangkit menentang kerajaan sehingga tumbang. Ini Anwar yang bilang. Sebab tu bila Ambiga nak buat Bersih dulu Anwar cuba mencuri kesempatan. Dan sebab itu jugak bila Bersih baru2 ini Ambiga suruh orangramai bersurai tapi Anwar terus suruh tawan Dataran Merdeka.

Tindakan pihak polis semasa Bersih 3.0 adalah sama dengan tindakan yang dilakukan semasa Bersih 2.0 dan siri demonstrasi 1998. Tak ada bezanya. Depa guna gas pemedih mata jugak, guna fru dan pancuran air dan asap jugak. Tang mana yang berbeza? Kenapa pulak nak kata yang pihak polis bertindak dan melayan peserta macam pemberontak Mesir? Depa memberontak baru tahun 2011 sedangkan polis kita layan orang membuat demonstrasi sama sebelum dan sesudah pemberontakan di Mesir. Cuma kalau Marina nak tahu, selepas Arab Spring, cara peserta yang berdemo je nampak berbeza. Depa jadi lebih ganas dan keterlaluan dari sebelum ini.

Jadi nasihat akak kat Marina, jgn dengar sangat cakap Anwar. Jangan percaya kelentong Majlis peguam, jangan terima je hujah si Ambiga. Dan akhir sekali hormatilah Tun Mahathir tu sebagai seorang bapa walaupun tak nak hormat Tun sebagai bekas PM.


Rantings byMM: No, We're Not Egypt..I think...


Published with Blogger-droid v2.0.3

9 comments:

  1. Anonymous20:51:00

    dia ni org layan sbb anak Tun je. kalau dia keluar dari perut org biasa mcm kita siapa la nak pandang dia ni. Dah senang tak ingat org susah mcm kita nak meniaga dan nak keamanan. Dia ni tak matang. kalau dia ni anak aku, lama dah aku tak mengaku anak. Marina, pls shut up. You are rich so dont destroy our normal peoples life. You are not normal people. You are rich from small.

    ReplyDelete
  2. Anonymous21:03:00

    Setuju. Kesian tengok 'born rich' sorang tu. Dah tak boleh nak compete makbapak dia, maka sokonglah lgbt membabi buta. Hari ini di North Carolina, Amerika, rakyat mengundi tak mahu perkahwinan gay. Maknanya tak sah gay yang nak kahwin di NC. Itu orang kafir yg sedar. Yang orang Islam kat negara kita pulak melebih2.

    ReplyDelete
  3. Anonymous22:30:00

    kurang ajar sungguh budak ni

    ReplyDelete
  4. Anonymous23:51:00

    MANA ORANG NI BIASA KENAL SUSAH... BERANAK KEDUNIA SAJA DAH SENANG.. MELAYU MUDAH LUPA.. ANTARA SEKOR NI.. TUN PN DAH MALAS NK CAMPUR KOT.. DULU MASA KECIK TAK MAU MMPUS.. BILA DAH BESAR MENYUSAHKAN ORANG

    ReplyDelete
  5. Dia ada dua mata untuk melihat, ada dua telinga untuk mendengar. Dia cakap pun pakai satu mulut supaya tak bercanggah. Tapi sayang, dia tak guna organ yang paling besar dalam kepala dia untuk berfikir. Period.

    ReplyDelete
  6. Anonymous13:09:00

    Ingatkan cerdik gak budak sekor nih.... rupanya banggang tahap gaban gak. Buat malu bapak dia je. Sengkeh kepala tu kang.

    ReplyDelete
  7. dia ni lesbobisex la .. jgn layan sgt sebab dia perasan bagus

    ReplyDelete
  8. Anonymous15:44:00

    Walaupun Tun M dah pernah beri pendapat persoalan anaknya yg satu ni...tapi pandangan masyarakat lebih penting...ini melibatkan maruah...yg mungkin kecil bagi sesetengah org...tapi munculnya marina ditengah-tengah manusia yg tidak bermoral, sesungguhnya sesuatu yg amat memalukan...

    ReplyDelete
  9. Anonymous15:46:00

    ...org yg cemerlang, tidak semestinya berjaya...ingat tuuuu

    ReplyDelete