Wednesday 2 May 2012

ROSMAH MANSUR KECEWA......

Pesta Bersih 3.0 sudah berlalu.  Semua pengunjung yang datang pada hari Sabtu lalu sudah kembali meneruskan kehidupan seperti semalam dan kelmarin dulu.  Tidak ada apa-apa yang berubah.  Posmen terus menghantar surat, penoreh terus menoreh getah, nelayan terus menangkap ikan, akauntan terus dengan mainan angka, peguam terus mewakili anak guam dan begitulah seterusnya.  Harapan untuk menumbangkan kerajaan dengan membuat huru hara tidak kesampaian.  Harapan untuk melihat Anwar menjadi Perdana Menteri semakin jauh tersasar.

Kalau Pembangkang merasakan kerajaan takut dengan kehadiran hampir 250 ribu membanjiri Kuala Lumpur Sabtu lalu, memang kerajaan patut takut.  Bukan takut dengan kebangkitan rakyat atau takut kalah dalam pilihanraya.  Setakat 250 orang dari 12 juta pengundi, rasanya tidak membimbangkan.  Yang membimbangkan adalah penambahan pesakit mental di negara ini sama ada yang menghadapi gangguan mental ringan atau skizofrenia teruk.  Orang ramai tidak melihat masalah kesihatan mental sebagai sesuatu yang serius berbanding masalah politik.  Bagi dia orang tindakan ganas yang berlaku adalah tindakan spontan dari permasalahan politik semasa.  Mereka tak perasan bahawa orang-orang yang ganas ini adalah pesakit mental yang perlukan rawatan.

Akak melihat perhimpunan Bersih Sabtu lalu sebagai satu tanda ukur terhadap sikap masyarakat kini.  Sikap ganas dan panas baran yang wujud dalam diri masyarakat sehingga sanggup membelakangkan undang-undang dan bertindak kejam tanpa perikemanusiaan memang mengganggu perasaan akak.  Kalau kita lihat trend sekarang ini, memang ramai masyarakat yang punya masalah mental.  Itu pasal hari-hari kita dengar cerita pembunuhan.  Anak tikam bapa, abang dera adik, ibu bapa bunuh anak, bekas kekasih bunuh teman lelaki dan banyak lagi kes kejam yang berlaku.  Terkadang bukan sebab perkara besarpun, sekadar kawan tak bagi rokok, ibu tak bagi 10 ringgit, berebut handphonepun boleh bunuh orang.  Berebut girlfriend tak payah ceritalah.  Gaduh sikit, terajang, gaduh sikit, bunuh, bakar.  Ini memang penyakit!

Jadi untuk melihat Bersih sebagai berjaya memang ada kebenarannya.  Bersih berjaya melahirkan dan mendedahkan secara nyata sikap masyarakat yang kian ramai mempunyai masalah mental.  Sifat pemarah yang melampau ini sebenarnya amat membimbangkan kita.  Akak yakin jika Bersih 4.0 akan diadakan lagi, semakin ramai pesakit mental ini akan datang.  Dan sekiranya Pakatan Rakyat menjadi pemerintahpun golongan pemarah ini pasti akan terus menerus melakukan keganasan dan huru hara.  Dan ini yang paling membimbangkan kita.  

Apabila ada pihak pulak yang mempertahankan si penyakit mental ini, mereka akan jadi semakin kuat.  Dan pihak pembangkang bijak menggunakan si pesakit mental ini untuk kepentingan politik mereka.  Mereka ini kebanyakannya adalah golongan yang bijak pandai dan punya pekerjaan yang baik.  Bukan setakat si penagih tegar seperti zaman tok nenek kita dulu.  Golongan ini sebenarnya perlukan perhatian.  Cuba lihat video Bersih dan kenalpasti individu yang bertindak ganas.  Merekani bukan ahli politikpun, malah terkadang tak tahupun apa yang diperjuangkan oleh Bersih.  Mereka turun ke jalanan hanya untuk melepaskan kemarahan yang dicetuskan oleh penipuan berterusan pihak pembangkang.  Orang marah, depa nak marah.  Tapi depa sendiri setakat bertindak ikut-ikutan dan tidakpun memahami isu sebenar yang depa marahkan tu.  Sebab itu Ambiga yakin penyokong Bersih tidak akan melakukan keganasan sebab yang menyokong secara tulen benar-benar faham apa yang diperjuangkan dan kenapa harus turun melakukan demostrasi jalanan.  Kalau ditangkap pun nanti, bila disoalsiasat mereka pasti tidak tahu banyak tentang Bersih.  Dan akhirnya disimpulkan bahawa mereka bukan penyokong Bersih dan lebih parah lagi bila pihak pembangkang menyatakan bahawa orang ini adalah orang upahan Umno dan BN.  

Akak memang kecewa dan akak yakin semua orang kecewa termasuk DS Najib dan Rosmah.  Kepada pembangkang, berhati-hatilah.  Jangan biakkan pesakit mental ini, sebab nanti, jika semakin ramai, negara kita akan menjadi porak poranda biar pasukan manapun yang menjadi kerajaan! 

                

2 comments:

  1. Anonymous16:27:00

    PERLU FIKIR DISEBALIK KEBANGKITAN RAKYAT TU...WHY? MUDAH LAH KALAU SAKIT MENTAL JE RASIONAL JAWABANNYA...JGN CAKAP RAKYAT JE SAKIT MENTAL, PEMIMPIN LETUPKAN PEREMPUAN, RASUAH PKFZ & NATIONAL FEEDLOD YG BERBILION2..KITA HIDUP BERLANDASKAN AGAMA...BILA BERLAKU PERKARA SALAH DIKALANGAN PEMIMPIN...JIHAT RAKYAT PERLU DIIKTIRAF...INGAT ALLAH ITU MAHA ADIL...

    ReplyDelete
  2. Anonymous19:15:00

    AnonymousMay 2, 2012 01:27 AM
    PERLU FIKIR DISEBALIK KEBANGKITAN RAKYAT TU...WHY? MUDAH LAH KALAU SAKIT MENTAL JE RASIONAL JAWABANNYA...JGN CAKAP RAKYAT JE SAKIT MENTAL, PEMIMPIN LETUPKAN PEREMPUAN, RASUAH PKFZ & NATIONAL FEEDLOD YG BERBILION2..KITA HIDUP BERLANDASKAN AGAMA...BILA BERLAKU PERKARA SALAH DIKALANGAN PEMIMPIN...JIHAT RAKYAT PERLU DIIKTIRAF...INGAT ALLAH ITU MAHA ADIL

    Betul tu sedara,,puak2 umporno ni mana fikir tu semua,,yg penting MASYUK,,, Negara ni dh nk d jual kt pendatang asing masih tk sedar2 lg,masih tk caya lg,,demi nk mengekalkan kuasa,,,sanggup buat semua tu.

    ReplyDelete