Tuesday 29 May 2012

SIAPA YANG TUNGGU LAFAZ CERAI NIE??

Kalau dulu tidur sebantal, mimpi asing-asing.  Sekarang ni lagi parah sebab bukan setakat bantal yang dah asing-asing, bilik tidurpun dah berlainan beb!  Tunggu lafaz cerai jer lagi. Itulah yang terjadi pada Pakatan Rakyat.  Dari pemimpin sampailah ke penyokong tegar parti pakatan semuanya bercakaran dan terlalu payah mencari persefahaman. 

Isu PM orang Islam, orang Melayu atau bukan Islam dan bukan Melayu dah jadi perdebatan hangat di antara Pakatan Rakyat.  Karpal Singh mengidam orang bukan Melayu jadi PM, Nik Aziz nak orang Islam tanpa ikut bangsa jadi PM.  Maknanya kalau esok Lim Guan Eng kahwin dengan awek dia yang beragama Islam lalu bersunat dan menganut agama Islam, dia jugak layak menjadi PM.  Yang Pkr dah tentu-tentu nak Anwar jadi PM, yang membawa maksud orang Melayu dan Islam.  

Pas dan Dap sebenarnya nak kasi tahu kat Anwar yang depa tak nak Anwar jadi PM.  Tu pasal duk merapu kata nak PM bukan Melayu atau bukan Islam.  Tapi mangkuk berayun bengkok tu mana nak faham.  Dia ingat satu Malaya ni kebuloq sangat nakkan dia jadi PM.  Memang dasar muka longkang.   

Bila keadaan dah mula panas dan saling salah menyalahi antara satu sama lain, muncullah Mahfuz Omar mencuba nasib menyatukan ketiga2 parti tersebut dengan memberi kenataan yang dilaporkan di SINI
Kononnya PR setuju bahawa yang jadi PM adalah orang Islam.  Kata mamat nie:  "Yang ditolak oleh tiga juta dari dari 5.7 juta pengundi Melayu dalam pilihan raya umum yang lalu ialah perdana menteri dari Umno dan BN (Barisan Nasional). Sebab itulah, asalkan bukan dari Umno dan BN, tidak ada masalah bagi majoriti rakyat menerima seorang yang beragama Islam menjadi perdana menteri seperti yang ditetapkan PR," katanya.

Betul ke Karpal Singhpun bersetuju macam tu?  Sungguh ke semua orang Cina Dap bersetuju?  

Pada akak tak payah susah-susah.  Dulu dan sekarangni dah ok.  PM orang Melayu dan Islam.  Apa ada hal?  Tak payah duk undi parti celaru cam Pakatan nie.  Buat susah je kemudian nanti.  Dan kepada puak Pakatan Rakyat, tok sah bergaduhla pasal sapa yang nak jadi PM sebab hangpa bukan boleh menangpun PRU 13 nanti.....!!!!  Hahahaha.  Berhentilah bermimpi!     

1 comment:

  1. Anonymous23:05:00

    Ape2 pun, pilihlah PM dari orang melayu dan beragama Islam. Jangan pilih PM yang :
    Kaki penipu, kaki pembohong, kaki kencing, kaki putar belit, kaki putar alam, kaki porno, kaki cina doll, kaki siam doll, kaki liwat, kaki betina, kaki urut, kaki pelacur, kaki rembat bini orang, kaki muka tebal, kaki muka tak malu, kaki muka selamba, kaki muka kering, kaki bermuka-muka, kaki tiada muka, kaki menyamar, kaki rasuah, kaki songlap, kaki himpun, kaki merusuh, kaki provoksasi, kaki sara hidup dari dana Yahudi, kaki sokong keselamatan Israel, kaki wahhabi, kaki pluralisme, kaki LGBT, kaki gila kuasa, kaki fitnah, kaki kafir mengkafir, kaki nyanyok, kaki kauseling kul 3 pagi, kaki jamban blowjob, kaki durhaka pada ibu, kaki munafik, kaki ampu, kaki bangga diri, kaki ujub, kaki khawarij, kaki maki, kaki hamun, dan entah ape-ape lagi kaki yang akan muncul selepas ini. Hang pikir lah sendiri.

    ReplyDelete