Tuesday 5 June 2012

APA KENA MENGENA UMNO RASIS PLAK NIE?

Akak tak boleh terima bila ada yang marah dan kata Umno tu parti rasis.  Dan sebab itu jugak depa sokong ABU (Asal Bukan Umno).  Ni akak amik dari blog UMNO REFORM2.  Rasis mendenye?  Kalau ikut apa yang ditulis dalam email kepada penulis blog tu, dia sakit hati sangat pasal ada orang Melayu cakap 'Kalau tak suka pergi balik China'.  Hei, Cina rasis yang sombong nak mampus, akak nak tanya, mana ko tahu yang cakap tu Melayu Umno dan bukan Melayu Pas atau melayu Pkr atau Melayu Dap?  Ko senang-senang jer tuduh semua orang Melayu tu orang Umno?  Tu yang datang berpuluh ribu kat Kedah hari tu, bukan Melayu?  Yang datang masa Bersih 3.0 hari tu bukan Melayu?  Macammana ko boleh terjemahkan kata-kata tu datangnya dari Melayu Umno?

Tak payahlah bagi alasan yang Umno tu rasis dan sebab itu sokong ABU.  Ini alasan yang tak masuk di akal.  Marahkan Perkasa pun salah Umno.  Perkasa tu anak buah Umno ke?  Habis Dong Zong tu apa?  Tak rasis?  Apa lu cerita?  Lu ingat semua orang Umno suka sama itu bapak katak ker?  Itu bapak katak, ular saja suka sebab boleh makan.  Lu tahu sapa ular?

Betul, akak pun tak suka orang yang rasis dan akak pun tak suka jugak kalau ada yang suruh balik-balik negara asal ni.  Ini negara kita, negara Melaysia.  Kalau dah ada Mykad tu maknanya warganegara dan berhak untuk tinggal, berniaga dan mengikut undang-undang Tanah Melayu nie.  Tapi kalau rasa tak sesuai tinggal dan mengikut perlembagaan Malaysia, tak suka orang Melayu, korang boleh blah la ke mana-mana negara yang korang suka dan mohon jadi warganegara kat situ.  Titik.  (akak tak cakap balik China kan?)

1 comment:

  1. Anonymous15:41:00

    Assalamualaikum,

    Di antara sebab atau tanda-tanda hati mati menurut Syeikh Ibrahim Adham,ialah:


    * Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
    * Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
    * Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
    * Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
    * Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
    * Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
    * Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
    * Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
    * Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
    * Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.


    Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu :


    * Hubbul dunia (kasihkan dunia)
    * Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
    * Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah
    .

    Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu :


    * Zuhud dengan dunia
    * Zikrullah
    * Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah

    ReplyDelete