Thursday 1 December 2011

SEKS BUAT RAFIZI.....!!!????

Akak nak cerita sikit pasal SEKS Rafizi.  Tapi sebelum tu akak nak cer pada Rafizi, budak muda yang bangang-bangang jambu tu pasal tuduhan dia yang melampaui akal tolol si Mak Lampir!

Pasal NFC.  Pasal strategi perniagaan.  Isu terbaru yang dikeluarkan oleh Rafizi ialah pembelian dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya berharga RM3,363,507 dan sebuah Mercedes Benz berharga RM534,622.   Ini sebagai membalas serangan Shahrizat yang menggelarkan Rafizi sebagai anak derhaka dan si tanggang. Sebelum ini pasal apartmen mewah One Menerung di Bangsar bernilai RM9.8 juta menggunakan dana yang telah disalurkan kepada NFC daripada akaun pinjaman khas yang dikawal selia oleh kementerian kewangan dan juga kementerian pertanian dan industri asas tani.  

Pertama:  Apakah suami atau keluarga seorang menteri secara automatik hilang kelayakan untuk berniaga dan mendapat projek dari kerajaan?  Apakah hak suami dan keluarga seorang menteri dinafikan untuk memiliki kekayaan sama seperti orang lain/ bangsa lain??

Kedua:  Tanah dan rumah adalah aset yang boleh dicairkan.  Dan nilai aset ini akan memberi nilai tambah kepada sesebuah perniagaan. Dua tiga tahun akan datang atau 10 tahun akan datang, nilai hartanah dan rumah ini akan meningkat.  Dan katalah ada manusia berhati busuk sudah meracun lembu-lembu di NFC tu atau membakar ladang atau rumah sembelihan atau lain-lain risiko perniagaan yang diluar jangka, aset tadi boleh dicairkan atau dicagarkan bagi menampung kerugian dan membina semula kerosakan yang dihadapi.  Duit dana tu bukannya hilang dik oiii.  Ada.  Cuma dalam bentuk tanah, dalam bentuk rumah.  Yang risau tak bertempat tu kenapa?  Yang sakit hati melampau tu apasal? 

Ketiga:  Kereta mewah adalah satu strategi pemasaran.  Ianya lambang kemakmuran sesebuah syarikat yang dikendalikan.  Memiliki sebuah kereta mewah menyuntik kepercayaan kepada rakan bisnes yang lain bagi menjalankan urusniaga.  Pendapatan syarikat berjuta-juta setahun dan pemilik atau pengarahnya hanya menggunakan kereta Vios atau Perdana?  Orang akan kata:  Temberang!  Syarikatnya tidak untung sebegitu banyak!  Keretapun ala-ala, lagi mahu cerita projek ratus-ratus juta.  Dan tolong jangan kata, ini cara bisnes orang Melayu.  Orang Cina pun membuat strategi yang sama.  Rakan bisnes akak berbangsa Cina pernah cerita yang dia terpaksa sewa BMW hanya untuk pergi meeting.  Dia baru je nak mula bisnes, tapi kena tunjuk dia ada duit, dia mampu kendalikan projek juta-juta.  Bank pun, kalau orang tak ada duit, dia tak bagi pinjam.  Bank hanya akan bagi duit pada orang yang ada duit.  Samala halnya dengan rakan yang nak berurusniaga.  Tak kan dia nak tengok duit kat akaun kita.  Dia cuma akan tengok akaun syarikat dan penampilan kita untuk meyakinkan dia. Lagipun depa beli sebijik kereta mewah jer.  Bukan berbiji-biji.  Kalau berbiji-biji barulah membazir.

Faham ya?  Akak sebenarnya tak nampak kat mana salahnya projek lembu NFC yang baru berusia dua 3 tahun ni.  Yang Rafizi dan Mak Lampir sakit hati sangat tu sebab projek tu dapat kat syarikat suami Shahrizat.  Kalau dapat kat Azmin, mesti depa tak bising.  Dapat kat Shamsidar lagi tak bising.  Boleh pakat-pakat share!
 
Akak berbicara menggunakan terma yang mudah untuk difahami.  Kalau dah faham akak mengundur diri dulu.  Nak pergi service X5 akak.  Ada meeting kat Penang hujung mingguni.  Nanti sangkut kat tengah jalan, buat malu je. 

Oppss lupa pulak.  Akak janji nak cakap pasal SEKS Rafizi.  Terus terang aje yang akak menipu pasal nak cerita seks tu.  Marah?  Ala, orang PR pun lagi banyak janji, tapi tak jugak ditunaikan, lagi kaki tipu.  Sesekali akak tipu, apa ada hal......Kan???

Nanti pergi Penang, akak nak singgah kat Bidor.  Nak beli JAMBU merah.  Akak pakai kete HITAM METALIK tau..... mana tahu jumpa MB Perak.....

2 comments:

  1. Anonymous11:23:00

    Tak kan rm250 juta bagi kat laki sharizat je.... org lain pun nak niaga lembu jugak.... bg byk pada sorg, tu yg seleweng duit tu.

    ReplyDelete
  2. Anonymous23:30:00

    to anon 11:23

    dia wat pinjaman la. cukup masa dia bayar. kalau ko nak berniaga lembu jgk, wat la pinjaman. bukan setakat rm250juta, rm250 billion pon boleh. ada berani?

    ReplyDelete